UKM Cipta Sejarah! Tembus 20 Universiti Terbaik Asia

Alhamdulillah, satu lagi kejayaan gemilang dan amat membanggakan buat seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)!

Dalam QS Asia University Rankings 2027 yang baru diumumkan, UKM berjaya mencatatkan pencapaian tertinggi dalam sejarah penarafan ini sejak diperkenalkan pada tahun 2009!.

🏆 Ke-20 TERBAIK ASIA

🌏 Ke-4 ASIA TENGGARA

🇲🇾 Ke-2 MALAYSIA

Lebih membanggakan, UKM telah melonjak 35 anak tangga, daripada kedudukan ke-55 pada tahun 2017 kepada ke-20 pada tahun 2027, termasuk peningkatan empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya!

Kejayaan bersejarah ini bukan sekadar angka dalam penarafan, tetapi bukti kecemerlangan, kegigihan dan komitmen seluruh warga UKM dalam memartabatkan ilmu, memperkasa penyelidikan dan inovasi serta mengangkat nama universiti dan negara di persada antarabangsa.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga UKM. Kejayaan ini milik kita bersama, ahli akademik, penyelidik, kakitangan, pelajar, alumni dan semua yang telah menyumbang kepada kecemerlangan universiti.

Berteraskan Iman, Ilmu dan Amal, marilah kita terus memperkukuh momentum kejayaan ini melalui TEKAD57 yang digagaskan oleh Prof Dato Naib Canselor, ke arah merealisasikan aspirasi UKM sebagai Universiti Bertaraf Dunia yang Berjiwa Kebangsaan.

Daripada aspirasi kepada realiti, daripada kecemerlangan kepada kegemilangan

Iman • Ilmu • Amal

TEKAD57 Bersama Memacu Kecemerlangan

Similar Posts