Malaysia Book of Record – Jelajah Masuk UKM 2023

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi Program Jelajah Jom Masuk UKM 2023 sebagai ‘First University to Conduct Student Recruitment with LED Truck’.

Program tersebut merupakan anjuran Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape) dengan kolaborasi bersama Suria Wheels oleh Suria FM.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman menerima simbolik pengiktirafan tersebut daripada Perunding Rekod Kanan The Malaysia Book of Records, Puan Siti Hajar Johor. Beliau diiringi oleh Pengarah UKMShape, Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin dan Pengurus Besar Suria Puan Roslinda Abdul Majid (DJ Lin).

Dengan pengiktirafan tersebut, UKM kini menjadi universiti pertama di Malaysia yang melancarkan jelajah pendidikan menggunakan trak LED yang inovatif.

Naib Canselor, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UKMShape di atas pengiktirafan yang berprestij ini.

Program Jelajah Jom Masuk UKM 2023 yang dilaksanakan ekspedisinya bermula dari 8 Ogos hingga 2 September 2023 telah menjelajah empat zon di Semenanjung Malaysia.

Jelajah bermula dengan zon timur di Kuantan dan Kuala Terengganu, zon selatan di Johor Bahru dan Melaka, zon utara di Alor Setar dan Pulau Pinang, dan yang terakhir zon tengah di UKM, Bangi.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kassim; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan, Industri dan Masyarakat Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin; Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat, Prof Dato’ Dr Roslee Rajikan dan Bendahari, Encik Mohd Azli Mohd Kasirun.

Similar Posts