Bengkel Pelan Strategik TEKAD 57 UKM 2026-2030
Pusat Strategi UKM telah menganjurkan Bengkel Pelan Strategik TEKAD 57 UKM 2026-2030 pada 5-6 Disember (Jumaat-Sabtu) bertempat di Hotel Royale Chulan, Seremban.
Bengkel ini bertujuan merangka, menyelaras, mengenalpasti dan menetapkan teras strategik, objektif serta Penunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk membangun Pelan Strategik Universiti bagi tempoh lima Tahun (2026-2030). Bengkel yang berteraskan semangat kolaborasi dan penyelarasan strategik ini turut menjadi wadah perkongsian idea, perbincangan mendalam serta pembentangan pelan tindakan oleh ahli yang hadir.
Dalam ucapannya, Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Sufian Jusoh menegaskan bahawa pelan strategik baharu ini perlu memacu UKM ke arah kecemerlangan global, berteraskan nilai dan falsafah UKM.
Hadir sama dalam bengkel ini ialah Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi), YBhg. Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), YBrs. Encik Mohd Azli Mohd Kasirun, Bendahari, YBrs.Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar, YBrs. Encik Hazmir Zainal, Ketua Pustakawan, YBrs. Puan Hazlina Mohd Khalid, Penasihat Undang-undang, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi dan Kewatanan), YBhg. Prof. Sr Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid,Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur serta barisan Pengurusan Tertinggi, Pengarah-Pengarah Institut, dan Dekan-Dekan Fakulti.

