Bengkel Pembentangan Pencapaian Prestasi KPI Strategik Universiti Tahun 2023

Naib Canselor, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman menghadiri Bengkel Pembentangan Pencapaian Prestasi KPI Strategik Universiti Tahun 2023 di Bangi Resort Hotel semalam. Bengkel yang diadakan ini bertujuan untuk menilai dan melihat semula kesemua pelataan KPI yang telah diberikan kepada institut/ fakulti dan juga pusat tanggungjawab (PTj).

Sepanjang bengkel ini, antara perkara yang dibincangkan termasuklah penambahbaikan dan strategi baharu untuk memastikan semua KPI tercapai dengan baik.

Bengkel ini telah dimulakan dengan sesi pembentangan ketua bitara dan disusuli dengan pembentangan daripada wakil institut/ fakulti dan juga PTj. Naib Canselor mengucapkan terima kasih kepada semua barisan pentadbir yang hadir meluangkan masa menyertai bengkel ini.

Dalam ucapannya, beliau menitipkan kata-kata nasihat bahawa UKM mempunyai rohnya yang tersendiri, naiknya tidak memijak dan turunnya dia tidak mengait. UKM merupakan sebuah universiti yang terdiri daripada perjuangan tokoh-tokoh pendidikan dan nasionalis, justeru kecemerlangan universiti ini akan dipacu sebaiknya mengikut coraknya yang tersendiri.

Turut hadir adalah semua Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Kassim; TNC Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi; Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani; TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil; TNC Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin; Pendaftar, Dato’ Dr. Syed Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla; Bendahari, Encik Mohd Azli Mohd Kasirun; Pro-Pro Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi, Pengarah-Pengarah Institut dan Dekan-Dekan Fakulti.

Similar Posts