Bengkel Pembentangan Laporan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) Siri 1

Pada 1 April 2026, Pusat Strategi telah menganjurkan Bengkel Pembentangan Laporan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) Siri 1 yang melibatkan semua fakulti dan institut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bengkel ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, UKM–GSB.

Semua fakulti dan institut yang dijemput telah membentangkan pelbagai aktiviti berkaitan SDG yang dilaksanakan sepanjang tahun 2025, dengan penekanan khusus terhadap bidang SDG yang menjadi kekuatan setiap Pusat Tanggungjawab (PTj). Pembentangan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen berterusan UKM terhadap agenda kelestarian, malah memperlihatkan kepelbagaian inisiatif yang dilaksanakan di peringkat PTj.

Laporan yang disediakan dan dibentangkan oleh setiap PTj merupakan input yang penting dan signifikan kepada Pusat Strategi. Laporan ini berperanan sebagai usaha sistematik untuk mendokumenkan dan memperkukuh pelaksanaan aktiviti kelestarian di UKM, selaras dengan aspirasi universiti ke arah mencapai Kampus Rendah Karbon menjelang tahun 2030.

Secara keseluruhannya, semua fakulti dan institut telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang bengkel ini berlangsung. Pusat Strategi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua fakulti dan institut yang terlibat dalam menjayakan pembentangan pada hari ini.

Similar Posts