Lawatan Penandaarasan daripada INTI International University

Strategi-UKM telah menerima kunjungan lawatan penandaarasan daripada INTI International University pada 11 September 2025 yang berlangsung di Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan akademik serta membuka ruang kolaborasi strategik antara kedua-dua universiti. Antara fokus utama perbincangan termasuklah penanda aras amalan terbaik dalam strategi penarafan QS, pembinaan reputasi, serta pengurusan data yang berkesan.

Selain itu, kedua-dua pihak turut meneroka peluang kerjasama akademik seperti pertukaran pensyarah, pelaksanaan program akademik bersama, serta mengkaji potensi kerjasama penyelidikan dan penerbitan bersama dalam bidang berimpak tinggi merentas pelbagai disiplin.

Melalui lawatan ini, diharapkan terjalin satu bentuk kerjasama strategik jangka panjang antara UKM dan INTI International University dalam menyokong agenda kecemerlangan pendidikan tinggi Malaysia.

Similar Posts