Taklimat Urus Setia Anugerah Bitara UKM ke-11
Pusat Strategi UKM telah mengadakan Taklimat Urus Setia Anugerah Bitara UKM ke-11 (Penilaian 2025) pada 13 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Strategi UKM.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan menyeluruh kepada urus setia setiap jawatankuasa anugerah mengenai skop tugas, gerak kerja pelaksanaan serta tatacara pengurusan Anugerah Bitara UKM. Melalui taklimat ini, semua urus setia dapat memahami peranan masing-masing dengan lebih jelas dan bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab secara teratur dan berintegriti demi menjayakan penganjuran Anugerah Bitara UKM ke-11 pada tahun ini.









