Audit Aset UMBI Oleh Pihak Unit Audit Dalam, UKM

Audit Dalam Pengurusan telah dilaksanakan oleh Unit Audit Dalam UKM mulai 1 Oktober 2021 hingga 12 November 2021 dan Mesyuarat Penutup telah berlangsung pada 18 November 2021. Unit Audit Dalam telah membuat pengauditan kesemua makmal termasuk Biobank dan Bilik Server yang terdapat di UMBI. Melalui proses auditan ini UMBI berpeluang untuk membuat penambahbaikan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di UMBI.

 

Photo : AUDIT ASET UMBI OLEH PIHAK UNIT AUDIT DALAM, UKM