Forum: Bandar Perubatan Diterajui oleh Universiti “Mimpi atau Realiti”

Forum Persada Kampus Kuala Lumpur bertajuk Bandar Perubatan Diterajui oleh Universiti “Mimpi atau Realiti” telah diadakan di Auditorium UMBI pada 15 Februari 2022, jam 2.30pm. Forum membincangkan Pembangunan Teknopolis Kesihatan bersesuaian dengan hasrat UKM untuk menubuhkan Bandar Perubatan Termaju. Forum menampilkan tiga orang panel jemputan iaitu YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Ketua Projek The Malaysian Cohort merangkap Felo Penyelidik Utama, Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Mohd Azhari Yakub, Pakar Perunding Kanan Pembedahan Kardiotorasik, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Institut Jantung Negara dan YBhg. Prof. Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur KM selaku moderator.

Sumber: https://www.facebook.com/HCTM.UKM/

Foto: https://photos.app.goo.gl/cmDsJhGXWSjgSqWM8
Berita berkaitan: https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=2054343&fbclid=IwAR2xyVYnRg8I1IforZJTrbKqS5mW5pwdhG1uDxaKAh9t_M89HGES9ov5cA0