Latihan Kawad Kebakaran UMBI 2023

16 Februari 2023 – Jawatankuasa Pengungsian Bangunan, Kecemasan dan Kawad Kebakaran, Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) dengan kerjasama JKKP UMBI telah melaksanakan Latihan Kawad Kebakaran pada 16 Februari 2023, Khamis jam 2.30 petang. Latihan ini juga melibatkan Pasukan Bantu Mula dari pihak Keselamatan PPUKM dan Pasukan Emergency Response Team dari Jabatan Kecemasan HCTM. Pemerhati luar yang terlibat adalah Cik Siti Rahimah dan Puan Norlinda dari Pihak Rosh UKM, Encik Mohamad Suffize daripada Bahagian keselamatan KKL, dan juga Encik Abdul Karim dari Jabatan Perubatan Kecemasan HCTM.

Objektif perlaksanaan Latihan kawad kebakaran adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada warga UMBI terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk memastikan sistem perlindungan dan pencegahan kebakaran yang terdapat di bangunan UMBI berfungsi dengan baik serta pematuhan kepada keperluan undang-undang berkaitan persediaan dan tindakan kecemasan (kebakaran).

Proses evakuasi bangunan UMBI secara keseluruhan mengambil masa selama 5 minit dan Latihan Kawad Kebakaran ini selesai pada jam 3.35 petang. Jawatankuasa Pengungsian Bangunan, Kecemasan dan Kawad Kebakaran, Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak ROSH UKM, Bahagian Keselamtan KKL , Jabatan Perubatan Kecemasan dan semua kakitangan dan pelajar/pelawat yang terlibat dalam menjayakan latihan kawad kebakaran ini.

Gambar sekitar perlaksanaan Latihan kawad Kebakaran