Majlis Konvokesyen ke-50 UKM, Majlis Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah UKM Kampus Kuala Lumpur dan Majlis Meraikan Penyelia dan Graduan UMBI Tahun 2022

28 November 2022 – Majlis Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah UKM Kampus Kuala Lumpur 2022 telah berlangsung pada 25 November 2022 bertempat di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Seramai 50 graduan dari Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi, Fakulti Pergigian dan Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) telah menerima pengiktirafan daripada penyelia masing-masing dalam acara Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah sebagai simbol menamatkan pengajian di peringkat kedoktoran di UKM.

Pada sebelah petang, UMBI mengadakan majlis ringkas untuk meraikan penyelia dan enam (6) orang graduan yang telah berjaya melengkapkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana seperti berikut:

  1. Dr. Habsah Aziz
  2. Dr. Ryia Illani Mohd Yunos
  3. Dr. Shivapriya Jeyaraman
  4. Dr. Rashidah C Baharuddin (Graduate on Time)
  5. Muhammad Nur ‘Adam Hatta
  6. Abdul Kahlif Adha Abd Talib

Graduan UMBI telah selesai menyempurnakan sesi bergraduasi pada Sidang ke-6, 28 November 2022 di dalam Majlis Konvokesyen ke-50 UKM di  Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM yang berlangsung mulai 26 November sehingga 1 Disember 2022.

UMBI merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada semua graduan dan sekalung penghargaan kepada barisan penyelia.

Foto: Majlis Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah UKM Kampus Kuala Lumpur 2022
Foto: Majlis Meraikan Penyelia dan Graduan UMBI 2022
Foto: Majlis Konvokesyen ke-50 UKM 2022