Sumbangan Tabung Wakaf Khas UMBI (Bioanalyzer)

SUMBANGAN TABUNG WAKAF KHAS UMBI

Alat Bioanalyzer atau alat elektroforesis kapilari yang berasaskan cip digunakan di dalam kawalan kualiti nilai integriti sampel untuk penyelidikan molekul.

Alat ini penting untuk:
1. Membolehkan kebolehpasaran pihak universiti dalam menyediakan penyelidikan berkualiti untuk penyelidik termasuk pelajar serta perkhidmatan, yang seterusnya memastikan hasil penemuan penyelidikan dapat dibangunkan untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.
2. Melatih pelajar dan ahli profesional dalam penyelidikan molekul yang sangat berguna untuk pembangunan kerjaya mereka pada masa hadapan.

Alat sedia ada TIDAK lagi berfungsi dengan baik untuk menampung penggunaan semasa.

Klik untuk menyumbang: https://prihatin.ppukm.ukm.my/index.php

SUMBANGAN ANDA AMAT DIHARGAI