Tahniah Lulus Cemerlang Viva (Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Siswazah dan Peperiksaan Lisan Kertas Bil.5/2023)

 

Tahniah buat Saudari Lim Su Min, Pelajar Sarjana Sains di Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) yang telah lulus CEMERLANG Peperiksaan Lisan Tesis Ijazah Sarjana Sains pada 8 November 2023 secara hibrid dengan tajuk tesis MERUNGKAI MEKANISME AUTOFAGI LISOSOM DALAM KANSER YANG DIMODULASI DENGAN GEN LRG1 (Elucidating lysosomal autophagy mechanism in LRG1-mediated colorectal cancer).

Tahniah juga kepada barisan penyelia iaitu Dr. Chin Siok Fong, Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan serta Jawatankuasa Penyeliaan yang lain iaitu Dr. Ezanee Azlina Mohamad Hanif dan Dr. Nor Adzimah Johdi.

Pemeriksa Dalam: Profesor Madya Dr. Goon Jo Aan, FPER, UKM.
Pemeriksa Luar: Profesor Dr. Pithi Chanvorachote, Chulalongkorn University, Thailand.