Ucapan Tahniah – Muhiddin bin Ishak

TAHNIAH ENCIK MUHIDDIN BIN ISHAK PENERIMA ANUGERAH EMAS SARJANA 2020 KATEGORI SAINS, TEKNOLOGI DAN KESIHATAN.

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Senat Ke-471 pada 23 Disember 2020 telah bersetuju memilih Encik Muhiddin Bin Ishak sebagai Pemenang Anugerah Emas Sarjana 2020 bagi kategori Sains, Teknologi dan Kesihatan. Penama adalah pelajar dibawah barisan para penyelia iaitu Dr. Nurul Syakima Ab Mutalib selaku Penyelia Utama dan  Prof. Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal serta Dr. Nadiah Abu sebagai Penyelia Bersama. Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada pencapaian penama yang cemerlang dalam bidang akademik sesi berkenaan dan juga didasarkan kepada kegiatan penyelidikan dan penerbitan penama. Anugerah ini berupa Sijil, Pingat Emas bernilai RM1,000.00 dan wang tunai sebanyak RM2,500.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Lima Ratus Sahaja) sumbangan Universiti. Penganugerahan ini akan disempurnakan kepada penama oleh D.Y,M,M. Tuanku Canselor pada Majlis Konvokesyen Ke-48 bagi sidang 1 (Sidang Canselor) pada 3 April 2021. UMBI mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan ini.