Language

Bahasa

Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Latar Belakang

Sejarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM dirintis dengan tertubuhnya Jabatan Ekonomi dan Perdagangan. Seusia dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1970.

Pada peringkat awal penubuhannya disiplin ekonomi hanya bertaraf jabatan. Ia merupakan salah sebuah jabatan dalam Fakulti Sastera. Taraf Jabatan Ekonomi dan Perdagangan telah dinaikkan ke peringkat fakulti pada 1 Januari 1974 hasil perkembangan bidang ilmu yang pesat dalam disiplin ekonomi dan pengurusan. Fakulti baru ini dinamakan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

Perkembangan ilmu ekonomi dan perniagaan serta permintaan pasaran gunatenaga yang semakin menigkat telah melahirkan idea untuk memisahkan fakulti ini kepada dua buah fakulti yang berasingan iaitu Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Pengasingan fakulti ini telah berlaku pada 16 Mei 1979. Semenjak dari itu, kedua-dua fakulti telah berkembang dengan pesat.

Dalam tahun 1996, pihak pengurusan UKM telah memutuskan untuk mengkaji semula dan menstrukturkan Fakulti dan Jabatan Akademik. Pada bulan Ogos 1997, keputusan telah dibuat bahawa penggabungan fakulti akan berdasarkan susunan atau rumpun ilmu.

  • Tahun 1999 – Semua fakulti dalam rumpun sains telah disatukan dan menjadi Fakulti Sains dan Teknologi.
  • Tahun 2001 – Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Fakulti Sains Pembangunan dan Fakulti Pengajian Bahasa distrukturkan semula sebagai Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
  • 1 April 2004 – Tertubuhnya Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, iaitu gabungan Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan.</li>

Pemilihan nama Fakulti Ekonomi dan Perniagaan adalah membayangkan disiplin utama ilmu dalam bidang ekonomi, pengurusan perniagaan, dan perakaunan serta mencerminkan kesepaduan ilmu yang mempunyai epistemologi sepunya.</p>