#FEPterkedepan

 #FEPterkedepan

KoPPEP@UKM 2021

Pengenalan

Kolokium Penyelidikan Prasiswazah Ekonomi dan Pengurusan (KoPPEP@UKM) julung kali diadakan pada tahun 2022.  Kolokium ini dianjurkan oleh Pusat Perniagaan Global dan Ekonomi Digital  (GloBDE). Adalah diharapkan agar KoPPEP@UKM akan menjadi acara tahunan yang akan dianjurkan pada bulan Januari/Februari, bersamaan minggu ke-13 semester I. Bagi program antarabangsa, nama kolokium ini diterjemah kepada Economics and Management Undergraduate Research Colloquium (URECO@UKM).

KoPPEP@UKM Ke-1 akan diadakan pada 10 hingga 14 Januari 2022, iaitu pada minggu ke-13 perkuliahan Semester I, sesi 2022/2023 secara dalam talian menggunakan platform zoom atau webex. Tempoh 5 hari ini untuk memberi keluwesan kepada penyarah/penyelia merencana masa pembentangan yang paling sesuai dengan para pelajar di bawah seliaan masing-masing.

Sukacitanya, dimaklumkan bahawa Pusat Kajian GloBDE telah mendapat kerjasama daripada pihak Fakultas Ekonomi dan Bisnes, Unibversitas Malikussaleh, Indonesia untuk menyumbang kertas seminar dari penyelidikan prasiswazah. Kerjasama ini bertujuan menghasilkan kepelbagaian kepengarangan dalam Prosiding yang akan dihasilkan daripada KoPPEP@UKM.

Objektif Program

 Kolokium ini bertujuan:

  1. KRA1: menerapkan budaya penyelidikan dan penerbitan dalam kalangan pelajar UKM agar mereka dapat menerampilkan daya saing graduan universiti penyelidikan,
  2. KRA2: menaiktaraf kertas ilmiah program prasiswazah Ekonomi dan Pengurusan menghasilkan impak melalui sumbangan kepada pencapaian MyRA Fakulti dalam kategori:
    • penerbitan kertas seminar, dan
    • penganjuran kolokium
  3. KRA3: Perkongsian Pintar dan Keterlibatan Strategik melalui kerjasama dengan universiti luar negara.