#FEPterkedepan

 #FEPterkedepan

Pusat Kajian Penciptaan Nilai dan Kesejahteraan Insan (INSAN)

PENGENALAN

Pusat Kajian Penciptaan Nilai dan Kesejahteraan Insan (INSAN) ditubuhkan pada tahun 2018 sebagai salah satu pusat penyelidikan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Melalui karya penyelidikannya yang berterusan, INSAN beriltizam dalam menjana, dan menyebarkan pengetahuan selain berganding usaha dan menjalin jaringan dengan kerajaan, industri, agensi, dan universiti untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, negara, dan dunia pada abad ke-21.

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan penyelidikan yang dirujuk dalam bidang penciptaan nilai dan kesejahteraan insan.

MISI

Melakukan penyelidikan terkini secara meluas mengenai isu-isu Dunia Pekerjaan dan Pekerjaan Masa Hadapan, Dinamik Organisasi, dan Pengurusan Berasaskan Nilai.

INSAN beriltizam dalam menjana, dan menyebarkan pengetahuan di samping mengadakan hubungan penting dengan kerajaan, industri, agensi, dan universiti demi berbakti kepada negara dan dunia pada abad ke-21.

Pusat ini bertujuan untuk memupuk kemampuan, kecekapan dan semangat setiap ahlinya untuk melakukan penyelidikan secara saintifik, inovatif dan berkesan dalam menghasilkan pengetahuan baharu untuk pembangunan organisasi dan modal insan sejagat.

BIDANG PENYELIDIKAN

Pengurusan Organisasi, Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia, Keusahawanan, Perniagaan Sosial, Perniagaan Antarabangsa, Pengurusan Kreativiti dan Inovasi, Pembangunan dan Kepemimpinan Organisasi, Kajian Kebolehlaksanaan Perniagaan, PKS, Pemasaran Digital, Keselamatan dan Kelestarian Makanan, Halal, dan Penjenamaan.