UKM Medical Molecular Biology Institute

 Leading Institute in Molecular Medicine

Maklumbalas Penawaran Program Baru Sarjana Sains Perubatan Molekul Secara Kerja Kursus

3weblogoumbi

MAKLUMAT UMUM PENAWARAN PROGRAM SARJANA SAINS
(PERUBATAN MOLEKUL) SECARA KERJA KURSUS INSTITUT PERUBATAN MOLEKUL UKM (UMBI)
1. Latar Belakang Penawaran Program
UMBI dalam proses untuk menawarkan program pengajian Sarjana Sains (Perubatan Molekul) secara kerja kursus pada tahun 2017. Penawaran program ini bukan sahaja menjadikan UMBI sebagai institusi untuk latihan dan penyelidikan dalam bidang perubatan molekul malah merealisasikan dan menyokong 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) serta 5 aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (PPPM (PT) yang ditetapkan kerajaan. Ia juga sebagai salah satu usaha ke arah mentransformasikan Malaysia sebagai hub kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.
2.    Program Objektif
  1. Melahirkan siswazah yang mempunyai pengetahuan luas, berkemahiran tinggi dan berkaliber, inovatif serta kreatif dalam bidang perubatan molekul;
  2. Menghasilkan siswazah perubatan molekul yang mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah sesuai dengan suasana dan keperluan tempatan dan antarabangsa;
  3. Melahirkan siswazah sarjana perubatan molekul yang mahir menggunakan segala pangkalan data yang sedia ada bagi menjelaskan fenomena penyakit di peringkat molekul supaya dapat diterjemahkan kepada pencegahan dan perawatan penyakit yang lebih berkesan dan menyeluruh;
  4. Melahirkan siswazah sarjana yang dapat mengaplikasi pengurusan teknologi dan relevan pada  industri berkaitan;
  5. Melahirkan siswazah yang mampu berdikari untuk melakukan penyeldikan di dalam bidang perubatan molekul pada masa depan;
  6. Menghasilkan siswazah sarjana yang mempunyai potensi kepimpinan dalam penyelidikan.
3.    Struktur & Kaedah Program Pengajian
  • Dijalankan secara sepenuh masa
  • Secara kerja kursus dan projek penyelidikan mini
  • Tempoh pengajian adalah selama dua belas (12) bulan
  • Kaedah pengajian : Kuliah, tugasan, pembentangan, praktikal di makmal, lawatan dan projek penyelidikan mini
4.    Jumlah Jam Kredit
Keseluruhan : 40 jam kredit

  • Modul Wajib            : 20 jam kredit
  • Modul Pilihan           : 10 jam kredit
  • Projek Penyelidikan : 10 jam kredit
5.    Program/Silibus Yang Ditawarkan
Modul Wajib :

  1. Kaedah Penyelidikan Dalam Perubatan Molekul/Research Methodology in Molecular Medicine (4 kredit)
  2. Gen kepada Protein/From Gene to Protein (4 kredit)
  3. Asas Molekul Penyakit/Molecular Basis of Diseases (2 kredit)
  4. Teknologi Omiks/Omics Technology (4 kredit)
  5. Biostatistik dan Bioinformatik/Biostatistics and Bioinformatics (4 kredit)
  6. Pengurusan Teknologi/Technology Management (2 kredit)

Modul Pilihan :

  1. Kanser/Cancer (5 kredit)
  2. Penyakit Berjangkit/Infectious Diseases (5 kredit)
  3. Penyakit Tidak Berjangkit/Non Communicable Diseases (NCD)(5 kredit)

Projek Penyelidikan :

  • Kajian Kepustakaan/Research Literature Review (6 bulan Pertama)
  • Projek Mini/Mini Project (6 bulan Kedua)
7.    Sinopsis Kursus/Modul
(A) Modul Wajib Sinopsis Kursus
1. Daripada Gen kepada Protein
  • Pengenalan asas genetik molekul dari gen ke protein.
  • Evolusi kod genetik, perbezaan sintesis protein pada prokariot dan eukariot serta mutasi gen yang menjejaskan fungsi dan struktur protein.
2. Asas Molekul Penyakit
  • Mekanisme sesuatu penyakit dari aspek biologi molekul.
  • Perbezaan DNA, RNA dan protein dalam individu sihat dan berpenyakit
3. Biostatistik dan Bioinformatik
  • Penggunaan perisian bioinformatik, menganalisis data genomiks dan transkriptomiks.
  • Kaedah epidemiologi dan statistik, serta penggunaan perisian statistik
4. Teknologi Omiks
  • Pendedahan kepada kepelbagaian pelantar teknologi terkini
  • Prinsip, praktikal dan aplikasi dalam bidang penyelidikan perubatan molekul berasaskan genomik, transkriptomik, proteomik, metabolomik dan biologi sistem.
(B) Modul Pilihan Sinopsis Kursus
1. Penyakit Berjangkit
  • Insiden jangkitan dan kerentanan antibiotik dari segi biologi molekul.
  • Peranan mikrobiom dalam individu sihat dan berpenyakit
2. Penyakit Tidak Berjangkit
  • Interaksi di antara gen-gen dan persekitaran di dalam patogenesis penyakit.
  • Kaedah diagnostik dan penyelidikan perubatan molekul terhadap pentakit tidak berjangkit
3. Kanser
  • Interaksi di antara gen dan persekitarannya dalam perkembangan kanser
  • Kaedah diagnostik dan penyelidikan perubatan molekul terhadap penyakit kanser
(C) Projek Penyelidikan
  • Menjalankan penyelidikan yang berimpak dan berteknologi tinggi dalam bidang sains perubatan molekul.
  • Penyeliaan oleh felo penyelidik yang berkemahiran dan berpengalaman.

Sila ke pautan di bawah untuk menyertai maklumbalas:

blinking-arrowBORANG

 

Translate »