LAWATAN PENANDA ARAS APEL UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) KE UNIT APEL (PPA) UKM
[LAWATAN PENANDA ARAS APEL UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) KE UNIT APEL (PPA) UKM]
Unit APEL Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) telah menerima Lawatan Penanda Aras APEL Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) pada 15 Oktober 2025, (Khamis) bertempat di Bilik Latihan Aras 2, Bangunan Tun Fatimah Hashim, UKM.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi amalan baik serta cabaran dalam pengurusan dan pelaksanaan APEL.A, APEL.C dan APEL.Q di UKM. Kunjungan lawatan penanda aras ini telah dihadiri seramai lima belas (15) orang delegasi dari UNITEN dan lapan (8) orang wakil dari Unit APEL, Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM)
#UKM #AkademikUKM