APEL UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

APA ITU APEL.C?

APEL (C) merupakan suatu mekanisme untuk mengiktiraf pembelajaran berdasarkan pengalaman terdahulu pelajar yang telah dikenal pasti sebagai relevan dan telah mencapai hasil pembelajaran kursus (HPK) bagi sesuatu kursus.

Dalam erti kata lain, APEL (C) membolehkan pembelajaran berdasarkan pengalaman terdahulu dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui pembelajaran formal dan/atau pembelajaran bukan formal dan/atau pembelajaran tidak formal, diberikan kredit dan dipindahkan untuk menggantikan kursus-kursus yang telah disetarakan.

Untuk tujuan pengesahan dan pengiktirafan, pembelajaran berdasarkan pengalaman terdahulu pelajar akan disemak dan dinilai oleh panel penilai terlatih.

FUNGSI APEL.C

  1. Mengiktiraf pembelajaran yang diperoleh daripada pengalaman kerja dan kursus-kursus pendek yang diikuti;
  2. Mengurangkan pembelajaran berulang kepada pelajar;
  3. Menggalakkan kemasukan calon dewasa ke program pendidikan tinggi; dan
  4. Mengurangkan kos dan masa untuk menamatkan pengajian.

YURAN PERMOHONAN

Kadar yuran yang dikenakan bagi permohonan pelajar APEL.C :
Sarjana Muda (T-6) - RM410
Sarjana (T-7) - RM600

Buku Panduan Pelajar Pindah Kredit APEL. C     Muat Turun