APEL UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

APA ITU APEL.A?

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) merupakan satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.

Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalaman terdahulu.

APEL.A DI UKM

UKM menerima 2 tahap kemasukan APEL.A iaitu:

  • Program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6)
  • Program Ijazah Sarjana (APEL T-7)

Bagi program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6), sebanyak 52 program pengajian yang boleh dimohon menggunakan sijil APEL.A. Bagi program Ijazah Sarjana (APEL T-7), hanya program pengajian berbentuk Mod Kerja Kursus (Coursework) dan Mod Campuran (Mixed Mode) sahaja yang diterima.

PUSAT PENILAIAN APEL (PPA)

Permohonan boleh dibuat melalui Pusat Penilaian APEL (PPA) yang telah dilantik oleh MQA untuk menerima dan memproses kategori permohonan APEL T-6 dan APEL T-7. PPA akan melaksanakan proses penilaian APEL.A sepenuhnya dan akan mengemukakan keputusan penilaian APEL.A calon kepada MQA bagi tujuan rekod. MQA akan mengeluarkan makluman rasmi dan mengeluarkan sijil APEL.A kepada pemohon-pemohon yang berjaya.

Senarai PPA yang dilantik:

  1. Wawasan Open University (WOU)
  2. Open University Malaysia (OUM)
  3. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  5. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  8. Management and Science University (MSU)
  9. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  10. SEGi University
  11. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  12. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  13. Universiti Multimedia (MMU)

Rujuk PAUTAN ini bagi bidang pengajian (bagi kategori APEL T-7)