APEL UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) ialah satu proses sistematik yang melibatkan PENGENALAN, DOKUMENTASI, dan PENILAIAN pengalaman terdahulu yang berkaitan dengan sesuatu program pengajian.

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) merupakan satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

3 kategori APEL telah diperkenalkan oleh Malaysian Qualifications Agency, MQA bermula dengan APEL.A pada tahun 2011 bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6), APEL.C pada tahun 2016 bagi tujuan penganugerahan kredit dan APEL.Q bagi tujuan penganugerahan kelayakan pada tahun 2021.