KONVOKESYEN UKM

 UKM CONVOCATION

Sertai Sesi Sidang Majlis Konvokesyen UKM ke-49 menerusi aplikasi Zoom

Pihak Universiti dengan hormatnya mempersilakan para ibubapa dan keluarga untuk bersama-sama meraikan para graduan dengan menyertai Majlis Konvokesyen UKM ke-49 secara atas talian menerusi aplikasi Zoom. Bagi para ibubapa dan keluarga yang berminat, berikut merupakan tata cara dan syarat yang perlu dipatuhi:

  • Kamera komputer/telefon/peranti pintar sentiasa dihidupkan sepanjang majlis berlangsung;
  • Mikrofon ditutup sepanjang majlis berlangsung;
  • Berada di dalam ruang dan tempat yang sesuai ATAU menggunakan latar belakang maya yang bersesuaian;
  • Mengenakan pakaian yang sopan dan bersesuaian; dan,
  • Menggunakan nama sendiri atau nama yang bersesuaian bagi paparan nama pada sesi Zoom.

Penyertaan di dalam aplikasi Zoom ini adalah TERHAD kepada 500 akaun/peserta sahaja. Penyertaan bukan berasaskan “siapa cepat dia dapat”, pihak Universiti akan menyaring senarai peserta sebelum akses diberikan untuk menyertai sesi Zoom ini. Pihak Universiti juga BERHAK untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak mematuhi tata cara dan syarat seperti di atas.

Ibu bapa/Keluarga yang menyertai sesi Zoom ini diminta untuk bersiap sedia apabila acara sidang menghampiri penghujungnya untuk bagi sesi “Lambaian Ibu Bapa”

Sesi Zoom Majlis Konvokesyen UKM ke-49 akan berlangsung bagi semua sidang (Sidang Canselor pada 27 November 2021, Sabtu sehingga Sidang 12 pada 8 Disember 2021, Rabu), bermula jam 9.00 pagi (GMT +8). Para ibubapa/keluarga yang berminat diminta untuk masuk ke dalam ruangan menunggu Zoom 30 minit lebih awal.