Search
Program Yang Ditawarkan
  1. Pengurusan Tenaga, Ekonomi dan Polisi
  2. Penilaian Sumber Tenaga Keterbaharuan
  3. Senibina Rendah Tenaga
  4. Sistem Fotovoltan Suria dan Sel Suria Termaju
  5. Teknologi Tenaga Angin dan Marin
  6. Teknologi Terma Suria Termaju

Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pengajian: Sepenuh & Separuh Masa

PROGRAM TENAGA SURIA

Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

RINGKASAN  PROGRAM

Doktor Falsafah dan Sarjana Sains (Tenaga Keterbaharuan) adalah program pascasiswazah yang menggalakkan calon untuk menjalankan penyelidikan dan penyelesaian masalah secara bebas dalam bidang tenaga keterbaharuan. Penyelidikan calon akan dibimbing oleh penyelia yang memiliki kemahiran dan pengalaman penyelidikan yang sesuai dengan bidang calon. Semua cadangan penyelidikan mestilah dibentangkan oleh calon dan diperaku oleh jawatankuasa yang dilantik oleh Institut. SERI menawarkan program pascasiswazah Doktor Falsafah dan Sarjana Sains (Tenaga Keterbaharuan)

Sebagai tambahan, hasil program ini direka agar graduan sentiasa bersedia mencapai objektif pendidikan program dalam persekitaran kerja mereka kelak. Keperluan pemegang taruh terutama industri dan majikan bukan semata-mata menuntut kompetensi akademik bahkan skil kemanusiaan yang lain seperti komunikasi, kepimpinan, kerjasama kumpulan, pengurusan, keusahawanan, dan sebagainya.

KEHIDUPAN DI FAKULTI

Dengan membimbing pelajar mencapai hasrat hasil pembelajaran, mereka juga boleh dibantu dan dibentuk menjadi masyarakat yang baik serta berfikiran positif selepas bergraduat. Kompetensi dalam skil generik turut disemai melalui aktiviti pengajaran di luar kelas seperti simulasi persekitaran kes sebenar, lawatan teknikal, dam kerja lapangan yang menjadi sebahagian projek penyelidikan. Kolaborasi bersama industri seperti ini memantapkan kompetensi pelajar untuk memenuhi permintaan industri pada masa akan datang. SERI juga mempunyai beberapa kolaborasi industri dengan agensi dan badan tempatan serta antarabangsa. Kemudahan makmal dikendalikan oleh kakitangan akademik dan teknikal yang berkelayakan. Malah, semua kemudahan fizikal makmal mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan. Perkhidmatan teknikal tertentu pada kemudahan fizikal dan peralatan disediakan oleh Centre of Research and Instrumentation (CRIM) dan fakulti/ institut lain. Kemudahan Wi-Fi juga disediakan.

Syarat Kemasukan

Calon yang ingin memohon kemasukan ke program Kedoktoran harus mempunyai kelayakan berikut:

  1. Ijazah Sarjana dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara, atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau

  2. kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau

  3. pelajar yang sedang mengikuti program sarjana di bawah subperaturan 6(a) secara sepenuh masa di Universiti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti/ Institut untuk menukar status kepada program kedoktoran dengan kelulusan Dekan/ Pengarah; atau

  4. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh keputusan cemerlang dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti/ Institut dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara; atau

  5. kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau

  6. memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan

  7. memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Calon yang ingin memohon kemasukan ke program Kedoktoran harus mempunyai kelayakan berikut:

  1. Ijazah Sarjana dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara, atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau

  2. kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau

  3. pelajar yang sedang mengikuti program sarjana di bawah subperaturan 6(a) secara sepenuh masa di Universiti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti/ Institut untuk menukar status kepada program kedoktoran dengan kelulusan Dekan/ Pengarah; atau

  4. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh keputusan cemerlang dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti/ Institut dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara; atau

  5. kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau

  6. memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan

  7. memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

KEPERLUAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS

1. Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris seperti berikut:

a) Mendapat keputusan TOEFL (550), IELTS (6) atau MUET (4) yang memenuhi skor atau keperluan band minimum yang ditetapkan oleh program; atau

b) Untuk program tertentu, calon dikehendaki menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika dia gagal mencapai tahap yang ditentukan oleh program, calon diwajibkan mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM) dalam jangka waktu maksimum dua (2) semester sebelum dia dibenarkan mendaftar program pengajian. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Bukan Siswazah .

2. Fakulti / Institut boleh memberikan pengecualian kepada syarat-syarat yang ditentukan dalam subperaturan (1) untuk calon antarabangsa yang:

a) akan menulis tesis / disertasi dalam bahasa Melayu / Arab;

b) mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Calon boleh dikecualikan dari syarat-syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2), tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

Sila hubungi Pusat Pengurusan Akademik UKM untuk maklumat lanjut:

Tel: +603 8911 8173/ 8027/ 8456
Fax: +603 89118471
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) untuk maklumat lanjut:

Tel: +603-8921 3366 / 4196 / 3997 /5377
Faks: +603-8925 1391
Emel: accpkp@ukm.edu.my

Kenapa Memilih Program Ini?
  • Temui potensi penuh anda sebagai penyelidik yang berdikari melalui kerjasama yang rapat dengan ahli fakulti kami yang berpengalaman dan bersedia untuk menyelia sepanjang pengajian anda.
  • Mengambil bahagian dalam pelbagai projek yang berasaskan penyelidikan makmal atau kerja lapangan (hospital atau komuniti). Ini dapat membantu untuk mengembangkan minat yang mendalam terhadap bidang penyelidikan anda.
  • Graduan kami mempunyai pengetahuan dan kemahiran penyelidikan yang diperlukan untuk memupuk perkembangan kerjaya dalam bidang akademik atau sains farmasi asas / gunaan yang memerlukan saintis yang berkepakaran profesional dalam penyelidikan dan pembangunan.
  • Peluang untuk menyertai persatuan siswazah dengan manfaat seperti memperluaskan jaringan, perkembangan kerjaya, dan pelbagai peluang pembelajaran.
Cara Memohon
  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu setiap Oktober hingga November (untuk pengambilan Februari berikutnya) dan setiap April hingga Mei (untuk pengambilan bulan September).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.
Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
Ijazah: Doktor Falsafah (PhD)

Tempoh:

  1. Penyelidikan – Sepenuh Masa (Min 2 Semester) / Separuh Masa (Min 4 Semester);

Hubungi
Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: +603 8911 8578/ 8571
Emel: asmadihazim@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/seri

Hubungi

Pelajar Tempatan

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118468 / 8389
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Pelajar Antarabangsa

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMSHAPE)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603 8911 5585/ 5609
Emel: admissionpkp@ukm.edu.my
Laman Web: https://www.ukm.my/ukmshape/ 

Adakah Anda Sudah Bersedia?

YuranSetahunDua Tahun (Indonesian Sahaja) 
Yuran Pemprosesan1,000.001,140.00
Pas Pelajar60.00120.00
Yuran Visa (mengikut negara – tidak melebihi RM 50)50.00 (max)30.00
Ikad50.00100.00
eVAL150.00150.00
Cukai Perkhidmatan (6%)78.6077.40
Insurans EMGS400.00400.00
Jumlah:1788.602017.40

Ringgit Malaysia (RM) Sahaja

Personal Bond    
RM 2000
CanadaBurkina Faso BurundiDemocraticGuinea-Bissau GhanaNigeria Rwanda Western Sahara
USACameroonCongoLiberiaDjibouti
ColombiaCentral African RepublicCote D’IvoireMaliEquatorial Guinea Ethiopia
AngolaRepublic Congo RepublicEritreaMozambique 
RM 1500
Saudi ArabiaBritish C.IEuropePortugal C.IVietnam
AfricaBruneiIranTaiwan 
AustraliaChinaIraqTunisia 
RM 1000
JapanSouth KoreaMacaoHong Kong 
RM 750
BangladeshPhillipinesIndiaMyanmarNepal
PakistanSri Lanka   
RM 500
Indonesia    
RM 300
Thailand    
RM 200
Singapore    
RM 1500
Yuran untuk negara lain

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik