Search
Close this search box.

makmal alami

UKM mempunyai beberapa makmal alami di seluruh negara seperti Pusat Penyelidikan Marin (Marine Research Centre- EKOMAR) di Mersing, Johor dengan fokus sains kehidupan marin, Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (Fraser’s Hill Research Centre) dengan penumpuan pada bidang pemuliharaan alam semulajadi dan Pusat Penyelidikan Kuala Pilah (Kuala Pilah Research Centre) yang memberi penekanan pada penyelidikan biofuel Jatropha. Langkawi Global Geopark telah dibangunkan melalui kerjasama antara Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) UKM dengan UNESCO. Selain PPL, UKM juga berbangga dengan Pusat Penyelidikan Tasik Chini yang diiktiraf sebagai Rizab Biosfera UNESCO. Kedua-duanya merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara.

LANGKAWI GEOPARK

Langkawi telah diisytihar sebagai Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGG) pada 1hb Jun 2007. Ia merupakan yang pertama di Asia Tenggara. Hasilnya, konsep LUGG dianggap sebagai alat pengurusan terbaharu dalam pembangunan wilayah yang lestari.

Kemajuan LUGG adalah berdasarkan konsep sains untuk keberhasilan (science to action), bermula dengan fokus pemuliharaan warisan semula jadi, kemudiannya diterjemahkan ke sektor pelancongan berasaskan pengetahuan, dan akhirnya disatukan ke dalam tindakan yang membawa kepada kesejahteraan sosial masyarakat setempat.

  • Makmal Geologi
  • Repositori Batu
  • Makmal Basah Geologi
  • Makmal Biologi
  • Muzium Zoologi & Herbarium
  • Makmal Interaksi
  • Bilik Sumber
  • Bilik Pejabat Penyelidik
  • Galeri PPL

Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,
Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL),
Jalan Teluk Yu, Teluk Burau,
07100 Langkawi, Kedah Darul Aman.

Tel: +604 9591207/ +604 9591248
Faks: +604 9591248
E-mel: ppl@ukm.edu.my

_SHD5612
ppl1
geopark1
_SHD5651

ECOMAR, MERSING

Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (Marine Ecosystem Research Centre) (EKOMAR) UKM menjalankan penyelidikan terhadap sumber-sumber dan ekosistem marin dengan tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan ekosistem kehidupan marin.

Pasukan penyelidik EKOMAR terdiri daripada para penyelidik dari pelbagai universiti tempatan dan dari Direktorat Oseanografi Kebangsaan (National Oceanography Directorate) (NOD), Jabatan Perikanan dan Taman Laut, Malaysia.

Bagi memenuhi tujuan utama penubuhannya, EKOMAR komited mencapai objektif-objektif berikut:

  • Mengenal pasti flora dan fauna, warisan fizikal dan sosio-budaya, dan kawasan-kawasan terancam;
  • Mengkaji dan menyiapkan inventori ekosistem tempatan seperti hutan bakau, muara sungai, flora dan fauna zon pesisir laut dan pulau-pulau di perairan Johor timur; 
  • Menjadi pusat rujukan untuk kepelbagaian dan pemuliharaan biologi di pantai timur Johor;
  • Melakukan penyelidikan berasaskan produk (contohnya bioteknologi, ekopelancongan dan akuakultur; 
  • Untuk mewujudkan jaringan kerjasama dan memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan pusat yang setara di dalam dan luar negara;
  • Untuk melindungi ekonomi masyarakat tempatan.

Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor

EKOMAR @ Mersing
Lot 604, Jalan Pantai,
Kg. Tg. Resang
86800 Endau, Mersing, Johor

Tel: +603 89214618
Faks: +603 89214619
E-mel: ekomar@ukm.edu.my

bot1
7D5A3196
????????
7D5A3148

BUKIT FRASER

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (Fraser’s Hill Research Centre) dibangunkan untuk memperkasa pengajaran dan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan biologi, teknologi nano, hidrologi, geologi, bencana alam, botani, ekologi, tanah,flora dan fauna, dan persekitaran sosial. Penubuhannya juga menyediakan perkhidmatan perundingan kepada agensi-agensi dan institusi-institusi seperti Kerajaan Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser, Pejabat Daerah & Tanah Raub, Majlis Daerah Raub dan Jabatan Perhutanan Negeri.

Pusat penyelidikan yang ditubuhkan pada tahun 1997 ini juga menyediakan perkhidmatan pembangunan modal insan kepada masyarakat tempatan terutamanya dalam bidang edu-pelancongan dan eko-pelancongan.

Terdapat kemudahan penyelidikan yang disediakan oleh Pusat Penyelidikan Bukit Fraser bagi kegunaan pelajar, penyelidik dan pelawat yang ingin menjalankan kajian dan kerja lapangan.

Terdapat lima denai yang dibina oleh PPBF iaitu:

  1. Denai Puncak Jeriau
  2. Denai VIP
  3. Denai Air
  4. Denai Air terjun
  5. Denai Nurseri

Akan Dikemaskini

IKHI1424
IKHI1455
IKHI1422
IKHI1403

TASIK CHINI

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) diwujudkan bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan berasaskan aspek biotik dan abiotik yang tergolong dalam kepelbagaian flora dan fauna, air, tanih dan udara. PPTC ditubuhkan di bawah naungan Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), khusus untuk menjalankan penyelidikan, pengajaran, kerja lapangan, kesedaran alam sekitar dan penyebaran maklumat mengenai pengurusan tasik bersepadu kepada masyarakat.

Pihak Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan tanah seluas 20 ekar di perkarangan Tasik Chini untuk dijadikan tapak pembangunan kompleks PPTC. Jalinan di antara Kerajaan Negeri Pahang dan UKM dalam penubuhan PPTC adalah selaras dengan tuntutan pelaksanaan dasar-dasar yang terkandung di dalam Rancangan Fisikal Negeri Pahang (2001-2020) dan Rancangan Tempatan Daerah Pekan (2002-2015) dalam pembangunan lestari dan pemuliharaan Tasik Chini sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

  1. Menjalankan kajian saitifik dan kerja lapangan pengajaran mengenai kepelbagaian biologi, fungsi ekosistem dan pengurusan tasik bersepadu
  2. Meningkatkan kepakaran, pengetahuan dan menjana pengalaman semasa menjalankan aktiviti kajian di lapangan secara teratur dan berkesan.
  3. Menyepadukan pendekatan – pendekatan baru dalam penyelidikan dalam kepelbagaian biologi, fungsi ekosistem, pengurusan tasik pada tahap kebangsaan dan antarabangsa
  4. Untuk membangunkan PPTC ke arah penyelidikan sains yang terunggul dan pusat pendidikan selaras dengan aspirasi UKM
  5. Membantu kerajaan negeri Pahang dalam pemuliharaan, pemulihan dan kelestarian Tasik Chini untuk kerajaan negeri dan warisan Negara

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC)
Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan,

Tel: +603 89213291
Faks: +603 8921 3291
E-mel: pptc@ukm.my

7D3A9053
DAN_1183
DAN_1187
7D3A8997