Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh / Separuh Masa
RINGKASAN PROGRAM
Fakulti Sains Kesihatan menawarkan bidang pengajian dan penyelidikan yang seimbang kepada pelajar siswazah yang berhasrat mengikuti pembelajaran pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Sebagai peneraju utama pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi dalam bidang Sains Kesihatan, fakulti menawarkan pakej pengajian pascasiswazah yang komprehensif melalui 23 program sarjana dan doktor falsafah.
Kembangkan kerjaya anda di peringkat seterusnya dengan mengikuti program siswazah yang ditawarkan. Kami mempunyai semua yang anda perlukan untuk terus maju dalam kerjaya khususnya dalam bidang Sains Kesihatan. Semua kursus siswazah yang dibangunkan adalah untuk memenuhi keperluan industri dan badan profesional. FSK mempunyai hubungan yang erat dengan pihak industri, badan kerajaan dan juga pelbagai institusi yang berkaitan. Program yang dibangunkan ini juga diketuai dan disampaikan oleh kakitangan akademik yang pakar dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pelajar juga berpeluang untuk bekerjasama dengan penyelidik tersohor FSK. FSK juga menggalakkan penyelidikan multidisiplin serta mempunyai potensi inovatif yang diiktiraf di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.
KEHIDUPAN DI FAKULTI
Adalah menjadi impian setiap pelajar pascasiswazah yang baru untuk menikmati dan merasai kehidupan mereka sebagai pelajar di persekitaran yang baru. Harapan mereka adalah untuk menimba satu pengalaman yang lebih baik dan berbeza berbanding dengan kepayahan yang dialami semasa menjadi pelajar prasiswazah. Pada kali ini kebanyakan pelajar siswazah telah bersedia menghadapi cabaran dan berusaha untuk melalui kesusahan untuk menjamin masa depan yang lebih baik serta mengembangkan ilmu pengetahuan mereka sejauh yang boleh dicapai. Fakulti ini adalah terletak di tengah-tengah pusat bandar dan mempunyai 3 fakulti; pergigian, farmasi dan sains kesihatan. Cawangan kampus yang lain terletak di Cheras yang berjarak sejauh 15 minit perjalanan melalui kenderaan dan kampus utama di Bangi adalah sekitar 40 minit pemanduan. Kampus ini mudah dihubungi dengan pengangkutan awam seperti bas, MRT, monorail dan LRT. Terdapat penginapan persendirian yang sangat dekat dengan kampus. Di dalam kampus juga terdapat fasiliti seperti perpustakaan, kafeteria, ATM dan ruang pembelajaran yang disediakan. Pelajar pascasiswazah akan ditempatkan di program yang ditetapkan dan akan diberikan ruang/ tempat belajar/ bilik/ loker untuk kemudahan pelajar.
Calon yang ingin memohon kemasukan ke program Kedoktoran harus mempunyai kelayakan berikut:
1. Ijazah Sarjana dari Universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
2. Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
3. Calon yang sedang mengikuti program Sarjana sepenuh masa di bawah perenggan 6 (1) (a) di Universiti dan disahkan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti / Pusat Pengurusan Siswazah untuk menukar statusnya menjadi program Doktor Falsafah dengan kelulusan Dekan Fakulti / Pengarah Institut; atau
4. Ijazah Sarjana Muda dengan keputusan cemerlang dari Universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
5. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) atau melalui Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu (RPL); dan
6. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan).
Calon yang ingin memohon kemasukan ke program Kedoktoran harus mempunyai kelayakan berikut:
1. Ijazah Sarjana dari Universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
2. Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
3. Calon yang sedang mengikuti program Sarjana sepenuh masa di bawah perenggan 6 (1) (a) di Universiti dan disahkan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti / Pusat Pengurusan Siswazah untuk menukar statusnya menjadi program Doktor Falsafah dengan kelulusan Dekan Fakulti / Pengarah Institut; atau
4. Ijazah Sarjana Muda dengan keputusan cemerlang dari Universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
5. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) atau melalui Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu (RPL); dan
6. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan).
KEPERLUAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS
1. Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris seperti berikut:
a) Mendapat keputusan TOEFL (550), IELTS (6) atau MUET (4) yang memenuhi skor atau keperluan band minimum yang ditetapkan oleh program; atau
b) Untuk program tertentu, calon dikehendaki menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika dia gagal mencapai tahap yang ditentukan oleh program, calon diwajibkan mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM) dalam jangka waktu maksimum dua (2) semester sebelum dia dibenarkan mendaftar program pengajian. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Bukan Siswazah .
2. Fakulti / Institut boleh memberikan pengecualian kepada syarat-syarat yang ditentukan dalam subperaturan (1) untuk calon antarabangsa yang:
a) akan menulis tesis / disertasi dalam bahasa Melayu / Arab;
b) mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau
c) berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Calon boleh dikecualikan dari syarat-syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2), tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).
Program Penyelidikan & Mod Campuran Sepenuhnya (Sepenuh Masa – min 6 sem; Separuh Masa – min 8 sem)
Mod Pengajian | Pendaftaran | Perkhidmatan & Aktiviti | Yuran Pengajian | Semester Pertama | Semester Seterusnya | Jumlah Yuran |
Sepenuh Masa | 1,010 | 1245 | 3,485 | 5,740 | 4,730 | 29,390 |
Separuh Masa | 885 | 975 | 3,285 | 5,145 | 4,260 | 34,965 |
Program Penyelidikan & Mod Campuran Sepenuhnya (Sepenuh Masa – min 6 sem; Separuh Masa – min 8 sem)
Mod Pengajian | Pendaftaran | Perkhidmatan & Aktiviti | Yuran Pengajian | Semester Pertama | Semester Seterusnya | Jumlah Yuran |
Sepenuh Masa | 1,710 | 1,855 | 6,290 | 9,855 | 8,145 | 50,580 |
Separuh Masa | Program ini tidak ditawarkan secara sambilan |
Yuran tidak termasuk Personal Bond dan Visa Reference (VDR)
** Yuran tertakluk kepada perubahan semasa
Kampus : Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan
Ijazah : Doktor Falsafah (PhD)
Tempoh :
Hubungi:
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300, Kuala Lumpur
Tel : +603-9289 8029 / 5008
Emel: samruhaizad@ukm.edu.my
Fax :+603-2691 4304
Website : www.ukm.my/fsk
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia
Tel: +603 89118468 / 8389
Faks: +603 89118471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik
Yuran | Setahun | Dua Tahun (Indonesian Sahaja) |
---|---|---|
Yuran Pemprosesan | 1,000.00 | 1,140.00 |
Pas Pelajar | 60.00 | 120.00 |
Yuran Visa (mengikut negara – tidak melebihi RM 50) | 50.00 (max) | 30.00 |
Ikad | 50.00 | 100.00 |
eVAL | 150.00 | 150.00 |
Cukai Perkhidmatan (6%) | 78.60 | 77.40 |
Insurans EMGS | 400.00 | 400.00 |
Jumlah: | 1788.60 | 2017.40 |
Ringgit Malaysia (RM) Sahaja
Personal Bond | ||||
---|---|---|---|---|
RM 2000 | ||||
Canada | Burkina Faso Burundi | Democratic | Guinea-Bissau Ghana | Nigeria Rwanda Western Sahara |
USA | Cameroon | Congo | Liberia | Djibouti |
Colombia | Central African Republic | Cote D’Ivoire | Mali | Equatorial Guinea Ethiopia |
Angola | Republic Congo Republic | Eritrea | Mozambique | |
RM 1500 | ||||
Saudi Arabia | British C.I | Europe | Portugal C.I | Vietnam |
Africa | Brunei | Iran | Taiwan | |
Australia | China | Iraq | Tunisia | |
RM 1000 | ||||
Japan | South Korea | Macao | Hong Kong | |
RM 750 | ||||
Bangladesh | Phillipines | India | Myanmar | Nepal |
Pakistan | Sri Lanka | |||
RM 500 | ||||
Indonesia | ||||
RM 300 | ||||
Thailand | ||||
RM 200 | ||||
Singapore | ||||
RM 1500 | ||||
Yuran untuk negara lain |
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia
Tel: +603-8921-5555
Faks: +603-8921-4097
Email: pkk@ukm.edu.my
© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik