Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Sarjana muda Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (Pembangunan Sistem Maklumat)

RINGKASAN PROGRAM

Pelajar yang mendaftar dalam program Pembangunan Sistem Multimedia akan memperoleh pengetahuan kejuruteraan perisian terutamanya dalam bidang Pembangunan Sistem Multimedia (fokus pada penghasilan perisian multimedia melalui analisa, reka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan sistem berdasarkan prinsip kejuruteraan perisian), pengaturcaraan web dan mudah alih, dan asas perisian. Mereka juga akan dilengkapi dengan kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, kepemimpinan, pemikiran interpersonal dan keusahawanan. Pilihan kerjaya untuk graduan dalam program ini terdiri daripada jurutera perisian multimedia, pentadbir sistem multimedia, pencipta permainan, penerbit media digital dan juruanalisa sistem multimedia.

Syarat Kemasukan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, ASASI, Diploma/Setaraf)

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET);

dan

Bagi Calon Lepasan STPM;

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

  • Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;

dan

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.

atau

Bagi Calon Lepasan Matrikulasi;

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi Sains UiTM / Asasi TESL UiTM / Asasi Kejuruteraan UiTM/ Asasi Undang-Undang KPT dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

atau

Bagi Calon Lepasan Diploma/Setaraf;

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

atau

 Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2018 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

  • Gred C (NGMP 00) mata pelajaran Pengajian Am;

dan

  • Gred C (NGMP 00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2018 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

atau

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2018 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid.

STPM

MATRIKULASI

DIPLOMA/SETARAF

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 di peringkat STPM / Matrikulasi KPM /Asasi;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM / Matrikulasi KPM/ Asasi dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

  • Biology
  • Physics / Enginerring Physics
  • Chemistry / Engineering Chemistry
  • Information and Communications Technology (ICT) / Computer Science
  • Mathematics / Mathematics M / Mathematics T

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/Gred 6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics / Additional Mathematics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET);

dan

Lulus ujian dan/atau temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti.

Memiliki Diploma dalam bidang Komputeran dan setara yang berkaitan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia dan mendapat sekurang- kurangnya PNGK 3.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya kredit pada peringkat SPM atau setara dengannya dalam mata pelajaran:

  • Mathematics

atau

Mendapat sekurang-kurangnya lulus pada peringkat Diploma dalam mata pelajaran;

  • Mathematics

dan

Calon dikehendaki mengemukakan transkrip akademik dari Semester satu (1) hingga Semester akhir;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET);

dan

Lulus ujian dan/atau temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti.

Calon Lepasan Diploma dalam bidang Komputeran akan mendapat pengecualian kursus Tahun 1 dan ditawarkan terus ke Tahun 2 pengajian (tertakluk kepada kelulusan pihak fakulti).

atau

Calon Lepasan STPM / Matrikulasi KPM / Asasi – (BUKAN TAHUN SEMASA)

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 di peringkat STPM / Matrikulasi KPM / Asasi; dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM / Matrikulasi KPM /Asasi dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

  • Biology
  • Physics / Engineering Physics
  • Chemistry / Engineering Chemistry
  • Information and Communications Technology (ICT) / Computer Science
  • Mathematics / Mathematics M / Mathematics T

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/Gred 6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Mathematics / Additional Mathematics

Sijil Tinggi Agama (STAM), APEL (A)

SYARAT AM UNIVERSITI STAM

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

SYARAT AM UNIVERSITI APEL (A)

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah;

dan

Sijil perakuan APEL MQA dengan mendapat Tahap 6 MQF;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

STAMAPEL (A)
Tidak ditawarkan kepada calon STAM

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah;

dan

Sijil perakuan APEL MQA dengan mendapat Tahap 6 MQF;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran;

  • Mathematics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET);

dan

Lulus ujian dan / atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma/ Setaraf dibuat melalui aplikasi dalam talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon bukan warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan melalui aplikasi dalam talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

SEMESTER PENDEK

8

1,200

340

600

2,140

940

8,720

35/PER CREDIT

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: +603 89215331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603 89251391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?

Tiada maklumat

Tiada maklumat

Tiada maklumat

Tiada maklumat

Kenali Fakulti

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat menyediakan persekitaran yang dapat merangsang limpahan idea-idea baru, gaya eksperimen pelbagai, dan sistem yang mantap. Program pengajaran kami merupakan antara yang terbaik di Malaysia. FTSM juga mempunyai jalinan kerjasama yang kukuh dengan pihak industri bagi membantu memastikan penyelidikan dan pengajaran kami kekal relevan serta selari dengan keperluan masyarakat. Kehidupan pelajar ijazah dikelilingi pelbagai kemudahan pembelajaran pengkomputeran yang ditempatkan di fakulti. Selain kursus akademik, semua pelajar ijazah akan menyertai pelbagai Kumpulan Minat Khas (SIG) bertujuan memupuk minat dan menggalakkan mereka mengaplikasi dan menyumbang ilmu demi manfaat industri dan masyarakat. SIG antaranya Kelab Intelligent Machines, Cyber ​​Hack & Ethics dan Video Innovation, memupuk kreativiti dan inovasi pelajar kami. Pada tahun keempat, pelajar akan memulakan projek tahun akhir dan menjalani lima bulan Latihan di Industri. Kehidupan bagi pelajar pascasiswazah bersekitar kepada tiga pusat penyelidikan di fakulti: Pusat Kecerdasan Buatan (CAIT), Pusat Teknologi & Pengurusan Perisian (SOFTAM), dan Pusat Keselamatan Siber (Siber). Pelajar akan menyertai salah satu pusat penyelidikan ini yang menyediakan persekitaran dan penyelidikan yang kondusif dan membina.

Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Ijazah: Sarjana muda Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (Pembangunan Sistem Maklumat)
Tempoh: 4 Tahun

Hubungi: 
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: +603 89217043/ 6178
Faks: +603 89256732 
E-mel: ainny@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ftsm

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118173/ 8027/ 8456
Faks: +603 89118471
E-mel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik