Search

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (Pembangunan Sistem Multimedia)

RINGKASAN PROGRAM

Pelajar yang mendaftar dalam Program Pembangunan Sistem Multimedia akan memperoleh pengetahuan dalam kejuruteraan perisian terutamanya dalam bidang Pembangunan Sistem Multimedia (fokus pada pengeluaran perisian multimedia melalui analisis, reka bentuk, pengembangan dan pelaksanaan sistem berdasarkan prinsip-prinsip kejuruteraan perisian), web dan pengaturcaraan mudah alih, dan asas perisian. Mereka juga akan dilengkapi dengan kemahiran dalam komunikasi, kerja berpasukan, kepemimpinan, pemikiran interpersonal dan keusahawanan. Pilihan kerjaya bagi graduan dalam program ini terdiri daripada jurutera perisian multimedia, pentadbir sistem multimedia, pembangun permainan, pengeluar media digital dan penganalisis sistem multimedia.

Syarat Kemasukan

Sijil Perakuan APEL.A Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Tahap 6 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF);

dan

Mendapat sekurangkurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan;

dan

Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

MUET Band 3.0

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma/ Setaraf dibuat melalui aplikasi dalam talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon bukan warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan melalui aplikasi dalam talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

SEMESTER PENDEK

8

1,200

340

600

2,140

940

8,720

35/PER CREDIT

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: +603 89215331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603 89251391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?

Tiada maklumat

Tiada maklumat

Tiada maklumat

Tiada maklumat

Kenali Fakulti

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat menyediakan persekitaran yang dapat merangsang limpahan idea-idea baru, gaya eksperimen pelbagai, dan sistem yang mantap. Program pengajaran kami merupakan antara yang terbaik di Malaysia. FTSM juga mempunyai jalinan kerjasama yang kukuh dengan pihak industri bagi membantu memastikan penyelidikan dan pengajaran kami kekal relevan serta selari dengan keperluan masyarakat. Kehidupan pelajar ijazah dikelilingi pelbagai kemudahan pembelajaran pengkomputeran yang ditempatkan di fakulti. Selain kursus akademik, semua pelajar ijazah akan menyertai pelbagai Kumpulan Minat Khas (SIG) bertujuan memupuk minat dan menggalakkan mereka mengaplikasi dan menyumbang ilmu demi manfaat industri dan masyarakat. SIG antaranya Kelab Intelligent Machines, Cyber ​​Hack & Ethics dan Video Innovation, memupuk kreativiti dan inovasi pelajar kami. Pada tahun keempat, pelajar akan memulakan projek tahun akhir dan menjalani lima bulan Latihan di Industri. Kehidupan bagi pelajar pascasiswazah bersekitar kepada tiga pusat penyelidikan di fakulti: Pusat Kecerdasan Buatan (CAIT), Pusat Teknologi & Pengurusan Perisian (SOFTAM), dan Pusat Keselamatan Siber (Siber). Pelajar akan menyertai salah satu pusat penyelidikan ini yang menyediakan persekitaran dan penyelidikan yang kondusif dan membina.

Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Ijazah: Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (Pembangunan Sistem Multimedia)
Tempoh: 4 Tahun

Hubungi: 
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: +603 8921 6184 / 6174
Faks: +603 89256732 
E-mel: intakeftsm@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ftsm

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118173/ 8027/ 8456
Faks: +603 89118471
E-mel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik