Search

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Melayu)

RINGKASAN PROGRAM

Program Pengajian Bahasa Melayu menawarkan ilmu teras dan aplikasi dalam kajian linguistik Melayu. Adunan yang komprehensif antara kedua-dua bidang ilmu ini berkemampuan melahirkan pakar dalam kajian linguistik Melayu yang berfikiran kreatif, inovatif dan memiliki daya tahan kemelayuan yang tinggi, selain menguasai aspek teori, berkeupayaan menganalisis dan mengaplikasikan ilmu linguistik Melayu.

Syarat Kemasukan

Sijil Perakuan APEL.A Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Tahap 6 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF);

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan;

dan

Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

MUET Band 2.0

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

6

1,200

340

550

2,090

890

6,540

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?
  • Pengantar Pengajian Melayu 
  • Pengantar Kajian Bahasa Melayu (CITRA)
  • Fonetik Bahasa Melayu
  • Fonologi Bahasa Melayu
  • Morfologi Bahasa Melayu
  • Sintaksis Bahasa Melayu
  • Metodologi Penyelidikan 
  • Penulisan Kreatif 
  • Budaya Popular
  • Dialektologi Bahasa Melayu
  • Pengeditan Teks Bahasa Melayu
  • Analisis Wacana Bahasa Melayu
  • Sosiolinguistik Bahasa Melayu
  • Semantik Bahasa Melayu
  • Latihan Industri
  • Linguistik Sejarah Bahasa Melayu
  • Psikolinguistik Bahasa Melayu
  • Falsafah Bahasa
  • Pragmatik Bahasa Melayu
  • Sejarah Bahasa Melayu
  • Lesikografi Bahasa Melayu
  • Latihan Ilmiah
  • Sintaksis Bahasa Melayu Lanjutan
Kenali Fakulti

FSSK terletak di kampus utama UKM di Bangi, Selangor, 35 km ke arah selatan dari Kuala Lumpur. FSSK ialah sebuah pusat kecemerlangan yang memupuk  pemikiran kritikal dan kreativiti yang diperlukan untuk melahirkan barisan pemimpin. 

Pembelajaran di FSSK direka untuk memupuk pemikiran terbuka dan keaktifan penyertaan. FSSK mempunyai rekod prestasi yang mengagumkan dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan juga kemampuan para siswazah dalam mendapat kerja. Kami menawarkan para pelajar persekitaran yang inovatif, menyokong dan mencabar intelektual pelajar supaya cemerlang dalam bidang pilihan masing-masing. 

FSSK merupakan pusat yang penting bagi para cendekiawan terkemuka di Malaysia, yang kebanyakannya merupakan pakar bidang masing-masing. Mereka terkenal di peringkat nasional dan antarabangsa kerana penyelidikan yang mereka jalankan. Tidak hairanlah kerajaan Malaysia menganugerahkan UKM status universiti penyelidikan. 

FSSK komited untuk melengkapkan para pelajar dengan kaedah pembelajaran yang paling efektif. Kami percaya bahawa setiap pelajar adalah unik, dan pembelajaran bagi mereka merupakan sebuah perjalanan peribadi dan bukan sekadar kemajuan yang standard dan linear. Kami akan membantu pelajar dalam menerokai kaedah pembelajaran mereka yang tersendiri, untuk memahami dan membina motivasi mereka, dan untuk memperoleh kaedah pembelajaran yang akan mengekalkan nilai individualiti mereka sepanjang hidup.

Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Ijazah: Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Melayu)
Tempoh: 3 Tahun

Hubungi:
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Tel: +603-8921 5926 / 5354
Faks: +603-8925 2836
Emel: syafawati@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fssk

Hubungi

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8911 8173/ 8027/ 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik