Search
Program Yang Ditawarkan
  1. Analitik Data Pintar
  2. Simulasi & Penglihatan Komputer
  3. Sistem Maklumat & IoT
  4. Realiti Termaju & HCI

Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh & Separuh Masa

PROGRAM IVI

Institut Informatik Visual (IVI)

RINGKASAN PROGRAM

Program Master yang ditawarkan oleh IVI adalah dalam mod penyelidikan dan tesis. Calon perlu memenuhi 6 kredit (unit) kursus, penulisan tesis dan peperiksaan lisan (viva) untuk bergraduat. Sebagai tambahan, calon juga perlu perlu membuat pembentangan penyelidikan iaitu membentang kertas cadangan dan hasil kajian pada akhir tahun pengajian. Pembentangan akan dinilai oleh penyelia dan Jawatankuasa Siswazah. Sebagai syarat tambahan untuk bergraduat pula, calon perlu menerbitkan sekurang-kurangnya satu artikel jurnal (diterima untuk penerbitan) dan membentangkan hasil penyelidikan di persidangan berkaitan sebelum bergraduat. Calon juga layak menyertai program latihan amali di luar negara melalui MOU yang ditandatangani oleh IVI. Calon juga boleh mengikut program mobiliti yang ditawarkan oleh universiti seperti hadir ke persidangan, kursus pendek dan bengkel di luar negara.

KEHIDUPAN DI FAKULTI

Penyelidikan di IVI merangkumi teknologi terkini dan berperanan penting dalam bidang seperti Kecerdasan Buatan, Internet Pelbagai Benda, Pengkomputeran Awan, Realiti Maya & Realiti Berperantara, Sistem Berautonomi, Integrasi Sistem, Pembuatan Bahan Tambah, Analisis Data Raya, Robotik, dan Keselamatan Siber. Institut ini bertuah kerana mempunyai Lembaga Penasihat Antarabangsa yang berkredibiliti dalam kalangan individu berprofil tinggi dari akademia mahupun industri serta mewakili negara seperti United Kingdom, Eropah, Taiwan, dan Malaysia. Sehingga kini, IVI mempunyai 15 Felo Penyelidik Utama dan lebih 50 Felo Bersekutu dari pelbagai bidang termasuklah kejuruteraan, sains komputer, perubatan, dan ekonomi. Semua felo di institut ini adalah penyelidik yang berpengalaman (100% memiliki PhD) dan mempunyai minat yang mendalam, berdedikasi terhadap bidang penyelidikan masing-masing, serta berpengalaman luas berkoloborasi dengan pihak industri.

Syarat Kemasukan

Calon yang ingin memohon kemasukan ke program Kedoktoran harus mempunyai kelayakan berikut:

1. Ijazah Sarjanamuda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yamh baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau

2. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau

3. kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Calon yang ingin memohon kemasukan ke program Kedoktoran harus mempunyai kelayakan berikut:

1. Ijazah Sarjanamuda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yamh baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau

2. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau

3. kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

KEPERLUAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS

1. Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris seperti berikut:

a) Mendapat keputusan TOEFL (550), IELTS (6) atau MUET (4) yang memenuhi skor atau keperluan band minimum yang ditetapkan oleh program; atau

b) Untuk program tertentu, calon dikehendaki menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika dia gagal mencapai tahap yang ditentukan oleh program, calon diwajibkan mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM) dalam jangka waktu maksimum dua (2) semester sebelum dia dibenarkan mendaftar program pengajian. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Bukan Siswazah .

2. Fakulti / Institut boleh memberikan pengecualian kepada syarat-syarat yang ditentukan dalam subperaturan (1) untuk calon antarabangsa yang:

a) akan menulis tesis / disertasi dalam bahasa Melayu / Arab;

b) mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Calon boleh dikecualikan dari syarat-syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2), tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

Sila hubungi Pusat Pengurusan Akademik UKM untuk maklumat lanjut:

Tel: +603 8911 8173/ 8027/ 8456
Fax: +603 89118471
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) untuk maklumat lanjut:

Tel: +603-8921 3366 / 4196 / 3997 /5377
Faks: +603-8925 1391
Emel: accpkp@ukm.edu.my

Kenapa Memilih Program Ini?
  • Bekerjasama rapat dengan ahli fakulti yang terlibat dalam penyelidikan bebas
  • Terlibat  dalam projek idea besar di UKM
  • Meneroka dan memperluaskan batasan pengetahuan dalam bidang ICT
  • Bekerjasama rapat dengan industri untuk mendapatkan pengalaman sebenar
  • Graduan berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan pelbagai disiplin yang mampu mengendalikan  pendekatan gabungan teori, komputasi dan eksperimen untuk menyelesaikan masalah yang kompleks sesuai dengan permintaan  negara
Cara Memohon
  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu setiap Oktober hingga November (untuk pengambilan Februari berikutnya) dan setiap April hingga Mei (untuk pengambilan bulan September).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.
Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Institut Informatik Visual (IVI)
Ijazah: Sarjana Sains

Tempoh:

  1. Program Penyelidikan – Sepenuh Masa (Min 2 Semester) / Separuh Masa (Min 4 Semester)

Hubungi:
Institut Informatik Visual (IVI)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel : +603-8927 2427/ 2431
Emel : mujahid@ukm.edu.my
Laman Web : https://ivi.ukm.my

Hubungi

Pelajar Tempatan

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118468 / 8389
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Pelajar Antarabangsa

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMSHAPE)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603 8911 5585/ 5609
Emel: admissionpkp@ukm.edu.my
Laman Web: https://www.ukm.my/ukmshape/ 

Adakah Anda Sudah Bersedia?

YuranSetahunDua Tahun (Indonesian Sahaja) 
Yuran Pemprosesan1,000.001,140.00
Pas Pelajar60.00120.00
Yuran Visa (mengikut negara – tidak melebihi RM 50)50.00 (max)30.00
Ikad50.00100.00
eVAL150.00150.00
Cukai Perkhidmatan (6%)78.6077.40
Insurans EMGS400.00400.00
Jumlah:1788.602017.40

Ringgit Malaysia (RM) Sahaja

Personal Bond    
RM 2000
CanadaBurkina Faso BurundiDemocraticGuinea-Bissau GhanaNigeria Rwanda Western Sahara
USACameroonCongoLiberiaDjibouti
ColombiaCentral African RepublicCote D’IvoireMaliEquatorial Guinea Ethiopia
AngolaRepublic Congo RepublicEritreaMozambique 
RM 1500
Saudi ArabiaBritish C.IEuropePortugal C.IVietnam
AfricaBruneiIranTaiwan 
AustraliaChinaIraqTunisia 
RM 1000
JapanSouth KoreaMacaoHong Kong 
RM 750
BangladeshPhillipinesIndiaMyanmarNepal
PakistanSri Lanka   
RM 500
Indonesia    
RM 300
Thailand    
RM 200
Singapore    
RM 1500
Yuran untuk negara lain

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik