Search
Program Yang Ditawarkan
  1. Sarjana Peradaban Islam

Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pengajian: Sepenuh & Separuh Masa

PROGRAM ISLAM HADHARI

Institut Islam Hadhari (HADHARI)

RINGKASAN  PROGRAM

Program ini bertujuan menghasilkan graduan penyelidik yang berkebolehan menjalankan penyelidikan, memiliki kemahiran menganalisis data serta sikap profesionalisme yang perlu ada dalam kalangan saintis sosial Muslim.

Demi merealisasikan kepentingan penyelidikan interdisiplin dalam Peradaban Islam, Institut Islam Hadhari berhasrat menghasilkan graduan yang kompeten, melengkapi mereka dengan pengetahuan yang relevan dan mustahak untuk menyumbang kepada masyarakat berbilang budaya.

Program ini menawarkan 4 bidang antara disiplin utama iaitu Politik dan Kepimpinan, Sosio – Budaya, Ekonomi dan Perniagaan dan Sains & Teknologi: Kesihatan dan Persekitaran.

KEHIDUPAN DI FAKULTI

Institut Islam Hadhari adalah antara institut penyelidikan yang aktif di UKM. Menjelang November 2020, institut akan menyediakan ruang kemudahan yang ditambah baik seperti bilik perbincangan dan konsultasi pelajar. Ia adalah tambahan pada beberapa kemudahan sedia ada seperti perpustakaan, makmal komputer, kemudahan perkhidmatan pelajar, dan kampus hijau.

Pelajar juga berpeluang mendapat akses penyeliaan daripada profesor yang memiliki pelbagai latar kepakaran dan pengalaman dalam bidang masing-masing. Pelajar juga dialu-alukan menyertai bengkel, wacana, seminar, dan persidangan tahunan. Sebagai tambahan, pelajar juga boleh menyertai kelab pelajar iaitu Nadi Hadhari yang giat menganjurkan pelbagai program dan aktiviti.

Institut Islam Hadhari mudah diakses dengan pengangkutan awam. Stesen keretapi terdekat ialah Stesen UKM, KTM. Institut ini juga berhampiran dengan Putrajaya (15km), Kuala Lumpur International Airport – KLIA (30km) dan pusat bandar Kuala Lumpur (30km). Pengangkutan bas kampus serta awam juga disediakan untuk pelajar dengan kadar minimum.

Syarat Kemasukan

Calon yang ingin memohon kemasukan ke program Kedoktoran harus mempunyai kelayakan berikut:

1. Ijazah Sarjanamuda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yamh baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau

2. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau

3. kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Calon yang ingin memohon kemasukan ke program Kedoktoran harus mempunyai kelayakan berikut:

1. Ijazah Sarjanamuda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yamh baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau

2. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau

3. kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

KEPERLUAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS

1. Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris seperti berikut:

a) Mendapat keputusan TOEFL (550), IELTS (6) atau MUET (4) yang memenuhi skor atau keperluan band minimum yang ditetapkan oleh program; atau

b) Untuk program tertentu, calon dikehendaki menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika dia gagal mencapai tahap yang ditentukan oleh program, calon diwajibkan mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM) dalam jangka waktu maksimum dua (2) semester sebelum dia dibenarkan mendaftar program pengajian. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Bukan Siswazah .

2. Fakulti / Institut boleh memberikan pengecualian kepada syarat-syarat yang ditentukan dalam subperaturan (1) untuk calon antarabangsa yang:

a) akan menulis tesis / disertasi dalam bahasa Melayu / Arab;

b) mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Calon boleh dikecualikan dari syarat-syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2), tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

Sila hubungi Pusat Pengurusan Akademik UKM untuk maklumat lanjut:

Tel: +603 8911 8173/ 8027/ 8456
Fax: +603 89118471
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) untuk maklumat lanjut:

Tel: +603-8921 3366 / 4196 / 3997 /5377
Faks: +603-8925 1391
Emel: accpkp@ukm.edu.my

Kenapa Memilih Program Ini?
  • Temui potensi penuh anda sebagai penyelidik yang berdikari melalui kerjasama yang rapat dengan ahli fakulti kami yang berpengalaman dan bersedia untuk menyelia sepanjang pengajian anda.
  • Mengambil bahagian dalam pelbagai projek yang berasaskan penyelidikan makmal atau kerja lapangan (hospital atau komuniti). Ini dapat membantu untuk mengembangkan minat yang mendalam terhadap bidang penyelidikan anda.
  • Graduan kami mempunyai pengetahuan dan kemahiran penyelidikan yang diperlukan untuk memupuk perkembangan kerjaya dalam bidang akademik atau sains farmasi asas / gunaan yang memerlukan saintis yang berkepakaran profesional dalam penyelidikan dan pembangunan.
  • Peluang untuk menyertai persatuan siswazah dengan manfaat seperti memperluaskan jaringan, perkembangan kerjaya, dan pelbagai peluang pembelajaran.
Cara Memohon
  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu setiap Oktober hingga November (untuk pengambilan Februari berikutnya) dan setiap April hingga Mei (untuk pengambilan bulan September).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.
Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Institut Islam Hadhari (HADHARI)
Ijazah: Sarjana Peradaban Islam

Tempoh:

  1. Penyelidikan – Sepenuh Masa (Min 2 Semester) / Separuh Masa (Min 4 Semester);

Hubungi
Institut Islam Hadhari (HADHARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: +603 8921 7174/ 6991/ 6995
Emel: hayatirasol@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/hadhari

Hubungi

Pelajar Tempatan

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118468 / 8389
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Pelajar Antarabangsa

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMSHAPE)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603 8911 5585/ 5609
Emel: admissionpkp@ukm.edu.my
Laman Web: https://www.ukm.my/ukmshape/ 

Adakah Anda Sudah Bersedia?

YuranSetahunDua Tahun (Indonesian Sahaja) 
Yuran Pemprosesan1,000.001,140.00
Pas Pelajar60.00120.00
Yuran Visa (mengikut negara – tidak melebihi RM 50)50.00 (max)30.00
Ikad50.00100.00
eVAL150.00150.00
Cukai Perkhidmatan (6%)78.6077.40
Insurans EMGS400.00400.00
Jumlah:1788.602017.40

Ringgit Malaysia (RM) Sahaja

Personal Bond    
RM 2000
CanadaBurkina Faso BurundiDemocraticGuinea-Bissau GhanaNigeria Rwanda Western Sahara
USACameroonCongoLiberiaDjibouti
ColombiaCentral African RepublicCote D’IvoireMaliEquatorial Guinea Ethiopia
AngolaRepublic Congo RepublicEritreaMozambique 
RM 1500
Saudi ArabiaBritish C.IEuropePortugal C.IVietnam
AfricaBruneiIranTaiwan 
AustraliaChinaIraqTunisia 
RM 1000
JapanSouth KoreaMacaoHong Kong 
RM 750
BangladeshPhillipinesIndiaMyanmarNepal
PakistanSri Lanka   
RM 500
Indonesia    
RM 300
Thailand    
RM 200
Singapore    
RM 1500
Yuran untuk negara lain

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik