Search
Program Yang Ditawarkan
  • Biokimia
  • Biologi
  • Biologi Molekul
  • Bioteknologi Tumbuhan
  • Botani
  • Fizik
  • Genetik
  • Geologi
  • Kimia
  • Matematik
  • Mikrobiologi
  • Pemakanan
  • Sains Bahan
  • Sains Haiwan
  • Sains Laut
  • Sains Makanan
  • Sains Nuklear
  • Sains Sekitaran
  • Sains Tumbuhan
  • Statistik
  • Zoologi

Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pengajian: Sepenuh & *Separuh Masa

*Kuliah: Pada hari bekerja dan waktu pejabat (termasuk separuh masa)

  • Biologi Pemuliharaan
  • Entomologi
  • Fizik Gunaan
  • Geofizik Kejuruteraan dan Persekitaran
  • Geologi Kejuruteraan
  • Keselamatan Sinaran dan Nuklear
  • Kimia
  • Matematik
  • Pengurusan Sumber Genetik Tumbuhan
  • Penilaian dan Pemantauan Persekitaran
  • Peningkatan Kualiti dan Produktiviti
  • Sains Data & Analitik
  • Sains Makanan
  • Sains Marin
  • Sistematik Tumbuhan
  • Statistik
  • Teknologi Tenaga

Mod Pengajian: Kerja Kursus
Bentuk Pengajian: Sepenuh Masa

PROGRAM SAINS DAN TEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

RINGKASAN  PROGRAM

Program ini memberi para pelajar peluang untuk mengalami proses penyelidikan dalam usaha untuk memperoleh kemahiran dan mendalami pengetahuan dalam bidang sains. Matlamat program ini  adalah untuk menyediakan pembangunan kerjaya siswa, mendifinisi masalah, menguji dan merumuskan hipotesis, pengumpulan, analisis dan interpretasi data, serta pembentangan projek penyelidikan.  Pelajar akan diselia oleh kakitangan akademik yang merupakan pensyarah sepenuh masa di Fakulti. Pelajar akan dinilai melalui pembentangan tesis, dan mungkin juga perlu mengambil kursus yang berkaitan dengan kaedah penyelidikan atau yang dirasakan perlu oleh Penyelia. Pelajar disarankan untuk melakukan pertemuan tambahan bersama Penyelia untuk meningkatkan dan mengembangkan kemahiran sebagai penyelidik, di mana aktiviti ini perlu didokumentasikan sebagai rancangan pembelajaran setiap tahun. Kerja-kerja penyelidikan ini perlu memberikan sumbangan yang signifikan kepada pengetahuan dan pemahaman dalam bidang kajian kepada Fakulti amnya dan dapat menonjolkan keupayaan pelajar untuk menjalankan penyelidikan secara tersendiri.

KEHIDUPAN DI FAKULTI

Fakulti Sains & Teknologi (FST) adalah salah satu fakulti terbesar di UKM dan terkenal dengan pengajaran dan penyelidikan yang berkualiti, serta pensyarah yang merupakan tokoh terkenal dalam bidang masing-masing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Fakulti ini komited untuk menjadi pusat pengajaran dan pemacu sains dan teknologi ke arah membentuk masyarakat yang berpengetahuan, dinamik, inovatif dan soleh. Ahli fakulti diakui sebagai pakar dalam bidang penyelidikan mereka dan merupakan pendidik yang sangat berdedikasi. Anda berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar dari program lain di fakulti dan menikmati pelbagai aktiviti menarik di dalam dan luar UKM melalui pelbagai kelab dan persatuan

 

Syarat Kemasukan

Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  1. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
  1. kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  1. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
  1. kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

KEPERLUAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS

1. Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris seperti berikut:

a) Mendapat keputusan TOEFL (550), IELTS (6) atau MUET (4) yang memenuhi skor atau keperluan band minimum yang ditetapkan oleh program; atau

b) Untuk program tertentu, calon dikehendaki menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika dia gagal mencapai tahap yang ditentukan oleh program, calon diwajibkan mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM) dalam jangka waktu maksimum dua (2) semester sebelum dia dibenarkan mendaftar program pengajian. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Bukan Siswazah .

2. Fakulti / Institut boleh memberikan pengecualian kepada syarat-syarat yang ditentukan dalam subperaturan (1) untuk calon antarabangsa yang:

a) akan menulis tesis / disertasi dalam bahasa Melayu / Arab;

b) mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Calon boleh dikecualikan dari syarat-syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2), tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

Sila hubungi Pusat Pengurusan Akademik UKM untuk maklumat lanjut:

Tel: +603 8911 8173/ 8027/ 8456
Fax: +603 89118471
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) untuk maklumat lanjut:

Tel: +603-8921 3366 / 4196 / 3997 /5377
Faks: +603-8925 1391
Emel: accpkp@ukm.edu.my

Kenapa Memilih Program Ini?
  • Temui potensi penuh anda sebagai penyelidik yang berdikari melalui kerjasama yang rapat dengan ahli fakulti kami yang berpengalaman dan bersedia untuk menyelia sepanjang pengajian anda.
  • Mengambil bahagian dalam pelbagai projek yang berasaskan penyelidikan makmal atau kerja lapangan (hospital atau komuniti). Ini dapat membantu untuk mengembangkan minat yang mendalam terhadap bidang penyelidikan anda.
  • Graduan kami mempunyai pengetahuan dan kemahiran penyelidikan yang diperlukan untuk memupuk perkembangan kerjaya dalam bidang akademik atau sains farmasi asas / gunaan yang memerlukan saintis yang berkepakaran profesional dalam penyelidikan dan pembangunan.
  • Peluang untuk menyertai persatuan siswazah dengan manfaat seperti memperluaskan jaringan, perkembangan kerjaya, dan pelbagai peluang pembelajaran.
Cara Memohon
  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu setiap Oktober hingga November (untuk pengambilan Februari berikutnya) dan setiap April hingga Mei (untuk pengambilan bulan September).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.
Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Fakulti Sains dan Teknologi
Ijazah: Sarjana Sains (Penyelidikan); Sarjana Sains (Kerja Kursus)

Tempoh: 

  1. Program Penyelidikan & Mod Campuran – Sepenuh Masa (Min 6 Semester) / Separuh Masa (Min 8 Semester)

Hubungi:
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: +603-89215433/ 4381
Faks: +603-89256732
Emel: kamili@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fst

Hubungi

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118468 / 8389
Faks: +603 89118471 
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

YuranSetahunDua Tahun (Indonesian Sahaja) 
Yuran Pemprosesan1,000.001,140.00
Pas Pelajar60.00120.00
Yuran Visa (mengikut negara – tidak melebihi RM 50)50.00 (max)30.00
Ikad50.00100.00
eVAL150.00150.00
Cukai Perkhidmatan (6%)78.6077.40
Insurans EMGS400.00400.00
Jumlah:1788.602017.40

Ringgit Malaysia (RM) Sahaja

Personal Bond    
RM 2000
CanadaBurkina Faso BurundiDemocraticGuinea-Bissau GhanaNigeria Rwanda Western Sahara
USACameroonCongoLiberiaDjibouti
ColombiaCentral African RepublicCote D’IvoireMaliEquatorial Guinea Ethiopia
AngolaRepublic Congo RepublicEritreaMozambique 
RM 1500
Saudi ArabiaBritish C.IEuropePortugal C.IVietnam
AfricaBruneiIranTaiwan 
AustraliaChinaIraqTunisia 
RM 1000
JapanSouth KoreaMacaoHong Kong 
RM 750
BangladeshPhillipinesIndiaMyanmarNepal
PakistanSri Lanka   
RM 500
Indonesia    
RM 300
Thailand    
RM 200
Singapore    
RM 1500
Yuran untuk negara lain

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik