Lawatan Penandaarasan dari Phenikaa University, Vietnam

Pusat Strategi telah menerima kunjungan delegasi dari Phenikaa University, Vietnam pada 28 November 2025 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Strategi.

Lawatan penandaarasan ini diadakan bagi memperoleh perkongsian amalan terbaik dalam aspek penarafan, kelestarian dan pengantarabangsaan, di samping membincangkan potensi kerjasama strategik antara Phenikaa University dan UKM. Delegasi Phenikaa University terdiri daripada Dr. Nguyen Ngoc Ninh, Naib Presiden (Jangkauan Global), Ms. Thu Ha Pham (MA), Pengurus Pasukan Strategi Reputasi Global dan Kelestarian, serta Mr. Linh Hoang (MA), Pegawai Penarafan.

Pusat Strategi merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap agar jalinan hubungan serta kerjasama antara kedua-dua institusi dapat diperkukuhkan pada masa hadapan.

Similar Posts