Selamat Hari Warga Emas Sedunia
Warga emas merupakan insan yang penuh dengan pengalaman, kebijaksanaan dan nilai kehidupan yang tidak ternilai.
Marilah kita terus menghargai, menghormati dan menyantuni warga emas sebagai tanda kasih dan penghormatan atas segala jasa serta sumbangan mereka kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Semoga warga emas sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan, serta terus menjadi sumber inspirasi buat generasi akan datang.
Ikhlas daripada Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan serta seluruh warga Pusat Strategi UKM


