Program KUDAH Pusat Strategi UKM di Pantai Bukit Keluang

Pusat Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Program KUDAH (Kutip Sampah Sambil Riadah) bertempat di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu sebagai usaha memupuk kesedaran kelestarian terhadap penjagaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat setempat.

Program yang menggabungkan aktiviti riadah dan kebersihan ini melibatkan penyertaan staf Pusat Strategi UKM yang bersama-sama membersihkan kawasan pantai daripada sisa pepejal dan sampah sarap. Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan menceriakan kawasan pantai, malah menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat kesukarelawanan.

Pelaksanaan Program KUDAH sejajar dengan komitmen UKM dalam menyokong agenda kelestarian alam sekitar serta tanggungjawab sosial universiti kepada komuniti. Pantai Bukit Keluang dipilih kerana ia merupakan antara destinasi pelancongan popular di Terengganu yang perlu dipelihara kebersihan dan keindahannya.

Similar Posts