Selamat Menyambut Malam Nisfu Sya’ban
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT, seluruh warga Pusat Strategi UKM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Malam Nisfu Sya’ban kepada seluruh umat Islam.
Malam Nisfu Sya’ban adalah malam yang penuh keberkatan dan keampunan. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, memohon keampunan, memperbaiki diri serta memperkukuhkan hubungan sesama insan, agar kita termasuk dalam golongan yang dirahmati Allah SWT.
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan dalam kehidupan, keluarga dan kita semua.
Selamat beramal dan semoga kita dipertemukan dengan Ramadan yang mulia.


