Bengkel Bimbingan Penyediaan Dokumen untuk Anugerah Terbaik Akademik Bahasa Melayu & Anugerah Harapan Akademik Bahasa Melayu

Bengkel Bimbingan Penyediaan Dokumen untuk Anugerah Terbaik Akademik Bahasa Melayu & Anugerah Harapan Akademik Bahasa Melayu telah diadakan pada 8 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Strategi UKM. Bengkel ini bertujuan membantu para calon dalam menyediakan dokumen pembuktian serta menyusun maklumat secara lebih sistematik dan tersusun selari dengan garis panduan anugerah yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Semoga sesi bimbingan ini dapat mempermudahkan urusan para calon dan seterusnya membantu mereka mencapai kejayaan serta mengharumkan nama UKM melalui pengiktirafan akademik bahasa Melayu di peringkat yang lebih tinggi.

Similar Posts