Program Pemuliharaan & Pemeliharaan Pulau Tioman 2025

Fakulti Sains dan Teknologi (FST) bersama Pusat Strategi UKM dengan kerjasama LegeS Divers (NGO), Etiqa General Takaful Berhad & Jabatan Perikanan Malaysia telah menganjurkan Program Pemuliharaan & Pemeliharaan Pulau Tioman 2025 di Kg. Salang, Pulau Tioman pada 22-24 Ogos 2025. Program ini turut disertai oleh Dr Muhammad Najib Abdullah (Universiti Sains Islam Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Syariah Kumpulan Etiqa Takaful), RS Tekad, Lembaga Pembangunan Tioman & Cikgu Siti Salina, pelajar Sarjana Pendidikan Prasekolah, Fakulti Pendidikan, UKM.

Program ini merupakan program kerjasama antara UKM, Leges Divers & Etiqa selama 4 tahun berturut-turut sejak 2022.

Program ini bertujuan menjalankan aktiviti kemasyarakatan melibatkan sektor swasta, agensi kerajaan, universiti, NGO & penduduk kampung.

Seramai 84 orang peserta daripada pelbagai entiti telah menyertai program ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:

  • Pemuliharaan terumbu karang (pencucian kerangka & penanaman semula karang)
  • Penambahbaikan infrastruktur (keceriaan kampung)
  • Lawatan ke Pusat Konservasi Penyu, Kg. Juara
  • Program pendidikan & kesedaran marin kepada kanak-kanak, anak-anak istimewa & penduduk kampung

Program ini juga merupakan insiatif FST & Pusat Strategi UKM bagi memenuhi matlamat Pembangunan Mampan SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan, SDG 14: Kehidupan Bawah Air dan SDG17.

Sebanyak 100 ekor karang telah berjaya ditanam semula dalam program ini.

Similar Posts