Hari Diabetes Sedunia
14 November setiap tahun merupakan Hari Diabetes Sedunia dan tema bagi sambutan pada tahun ini adalah “Tindakan Awal Terhadap Diabetes”.
Hari Diabetes ini disambut bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat untuk menjaga kesihatan dan membantu penghidap diabetes untuk hidup kekal sihat sepanjang hayat dengan diabetes.
Marilah kita sama-sama meningkatkan kesedaran, menggalakkan penjagaan kesihatan diabetes yang lebih komprehensif dan terapkan strategi amalan cara hidup yang sihat seperti permakanan sihat dan seimbang serta kerap melakukan aktiviti fizikal untuk mengelak penyakit ini.


