Selamat Menyambut Hari Bumi Sedunia 2025
Hari Bumi pertama kali disambut pada tahun 1970 bertujuan menzahirkan sokongan dunia terhadap perlindungan alam sekitar di peringkat antarabangsa. Kini, 22 April telah termaktub sebagai tarikh rasmi Sambutan Hari Bumi yang diraikan pada setiap tahun di lebih 193 negara seluruh dunia.
Tema sambutan Hari Bumi tahun ini, “Kuasa Kita, Planet Kita” membawa mesej penting bahawa kuasa dan tanggungjawab menjaga bumi ini berada di tangan kita semua. la menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk bangkit dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha melindungi alam sekitar.
Setiap individu, tanpa mengira latar belakang, mempunyai peranan yang signifikan dalam membentuk masa depan bumi yang lebih lestari.
Ikhlas daripada warga Pusat Strategi UKM
