Memacu Transformasi Strategik Melalui Sesi Libat Urus LPU 2026: Tekad 57
Satu langkah signifikan dalam mencorak masa depan universiti telah berlangsung menerusi Sesi Libat Urus LPU 2026: TEKAD 57 pada 2 hingga 3 April 2026, bertempat di Zecon Hotel, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani.
Fokus utama sesi kali ini tertumpu kepada pemuktamadan Pelan Strategik TEKAD 57 UKM 2026-2030. Agenda bermula dengan semakan terakhir Penunjuk Prestasi Utama (KPI) dan inisiatif strategik bersama Majlis Pengurusan Universiti (MPU) yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh.
Sesi pada hari pertama diteruskan dengan pembentangan deraf akhir buku pelan strategik kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Johan Idris. Sinergi idea dan input berharga daripada ahli LPU serta MPU menjadi tunjang utama bagi memastikan pelan ini inklusif dan progresif sebelum dimuktamadkan.
Ini merupakan fasa akhir pembangunan TEKAD 57 setelah melalui pelbagai siri bengkel dan perbincangan intensif, sekali gus membuktikan komitmen pengurusan tertinggi dalam merealisasikan aspirasi universiti untuk lima tahun akan datang.
Sesi libat urus pada hari pertama ini disertai oleh YBhg. Datuk Johan Idris, Pengerusi LPU dan ahli-ahli LPU iaitu Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Dato’ Dr. Mohd Zaidi Md Zain@Zakaria, Dato’ Hisham Nordin dan Dato’ Yeow Wah Chin.
Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor; Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa); Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi); Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat); Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro-Naib Canselor (Strategi & Kewatanan); Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pro-Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur); Prof. Sr. Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana); Tn. Hj. Zanudin Mohd. Daud, Pendaftar; Puan Norini Mohamad, Menjalankan Fungsi Bendahari; Encik Hazmir Hj. Zainal, Ketua Pustakawan; Puan Muniroh Abdul Razak, Menjalankan Fungsi Penasihat Undang-Undang; dan Prof. Ts. Dr. Kadir Arifin, Pengarah Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM).

