Bengkel Penyelidikan Jab. Surgeri, HCTM-UMBI

 

19-20 Ogos 2023 – UMBI telah menerima jemputan daripada Jabatan Surgeri, HCTM untuk menghadiri Bengkel Penyelidikan Surgeri-UMBI yang diadakan pada di Hotel Swiss-Garden, Genting Highland, Pahang. Bengkel ini dianjurkan oleh Jabatan Surgeri, HCTM bertujuan untuk memberi perkembangan terkini berkenaan pengumpulan sampel Biobank HCTM-UMBI, meningkatkan kerjasama penyelidikan diantara Jabatan Surgeri-UMBI dan perbincangan tentang halatuju Biobank HCTM-UMBI dan kerjasama penyelidikan padamasa akan datang. Bengkel ini dihadiri oleh Ketua Jabatan Surgeri (Prof Madya. Dr. Shahrun Niza Abdullah Suhaimi), pengarah UMBI (Prof Madya. Dr. Nor Azian Abdul Murad), Pengarah Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM yang juga Pakar Perunding Kanan Kolorektal (Profesor Datuk Dr.Ismail Sagap ), Felo Utama UMBI (Prof Datuk Dr A Rahman A Jamal), 11 orang Pakar Bedah dari Jabatan Surgeri, 8 orang Felo Penyelidik UMBI dan 2 pegawai sains Jabatan Surgeri. Bengkel ini mencapai kata sepakat dalam memperbaiki proses kerja berkenaan pengumpulan sampel Biobank HCTM-UMBI dan juga merancang beberapa idea penyelidikan sebagai usaha sama dalam meningkatkan kerjasama di antara UMBI dan Jabatan
Surgeri. Mesyuarat susulan untuk meneliti proposal penyelidikan akan diadakan dalam tempoh 2 bulan akan datang.

GAMBAR: Bengkel Penyelidikan Jab. Surgeri, HCTM-UMBI

 Artikel berkaitan:
     1. UMBI Biobank
     2. Expert @UKM – Biobank Terbesar Asia Tenggara
     3. The National Biobank Consortium: Relevance, Needs and Strategies
     4. Lawatan Standards Malaysia ke Biobank UMBI