Search

15.1.2026 – Tahniah Biobank TMC Terima Anugerah INSPIRA UKM 2026

15 Januari 2026 – Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga UMBI, khususnya pasukan Biobank The Malaysian Cohort (TMC), atas kejayaan meraih Tempat Kedua Anugerah Makmal Perkhidmatan Cemerlang sempena INSPIRA UKM. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Ruziah Shafei, diiringi oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail.

Pengiktirafan ini diberikan bagi menghargai kualiti, kecekapan dan profesionalisme perkhidmatan makmal di UKM, sekali gus membuktikan komitmen berterusan UMBI dalam memastikan perkhidmatan makmal bertaraf tinggi dan mematuhi piawaian kecemerlangan. Kejayaan ini merupakan hasil usaha berpasukan, dedikasi serta budaya kerja berkualiti yang menjadi teras kecemerlangan UMBI. Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dan kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah dan teruskan kecemerlangan!

Pautan Facebook Rasmi UMBI


SDG 8 | Decent work, Innovation, Productivity

8.1.2026 – Biobank UMBI Terima Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha KPT

8 Januari 2026 – UMBI berbesar hati menerima lawatan ke Biobank UMBI oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan. Lawatan ini adalah bersempena program lawatan pemantauan projek-projek baharu di bawah Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RP1, RMKe-13) UKM tahun 2026.

Rujukan berita berkaitan:
(1) Facebook UKM
(2) Facebook UMBI


SDG 16 | Strong Institutions

Latihan Sangkutan HSAAS di Unit Biobank UMBI

23 Oktober 2025, Unit Biobank UMBI – Unit Biobank UMBI telah menerima dua (2) orang kakitangan daripada Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) untuk menjalani latihan sangkutan selama dua minggu bermula pada 6 Oktober 2025 hingga 17 Oktober 2025. Peserta latihan terdiri daripada kakitangan Jabatan Patologi iaitu Puan Nurul Syuhada Osman, Pegawai Sains, dan Encik Muhammad Nur’faiz Hilmie Razali, Juruteknologi Makmal Perubatan. Sepanjang tempoh latihan, peserta berpeluang menjalani latihan teori dan teknikal secara terperinci meliputi keseluruhan aspek pengurusan Biobank — bermula daripada pengendalian logistik sampel, pemprosesan sampel, penyimpanan, pengurusan data klinikal, penyelenggaraan instrumentasi dan prasarana Biobank, sehinggalah kepada kawalan kualiti (QC) sampel. Latihan ini bertujuan memberikan pendedahan mendalam mengenai amalan terbaik dalam operasi Biobank selaras dengan piawaian antarabangsa.

Selain itu, peserta turut berpeluang menyertai satu sesi perkongsian ilmu bersama Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Penasihat Biobank UMBI. Dalam sesi ini, beliau berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau yang luas selama lebih 20 tahun dalam mentadbir urus Biobank serta usaha beliau membawa Biobank UMBI ke peringkat antarabangsa sebagai antara pusat Biobank terkemuka di rantau ini.

Secara keseluruhannya, peserta mengikuti enam (6) modul pembelajaran utama yang disusun khas oleh pasukan Biobank UMBI, iaitu:
1. Biobank Introduction & Governance
2. Biobank Ethics & Confidentiality
3. Infrastructure, Safety & Management
4. Biospecimen Handling & Processing
5. Biospecimen Storage & Safety
6. Biobank Informatics & Monitoring

Selain memperkukuh pengetahuan teknikal peserta, latihan ini turut bertujuan untuk menjalin hubungan kolaborasi strategik antara UMBI dan HSAAS, khususnya dalam memperkukuh jaringan kepakaran dan perkongsian ilmu dalam bidang Biobank dan penyelidikan bioperubatan. Latihan sangkutan ini diharapkan dapat menjadi platform penting dalam memperkukuh kecekapan tenaga kerja serta memperluas kerjasama antara institusi ke arah pembangunan Biobank yang lebih mampan dan berimpak tinggi di Malaysia.

Institusi atau syarikat yang berminat untuk menjalankan latihan sangkutan di Unit Biobank UMBI atau menjalinkan kolaborasi penyelidikan, boleh berhubung terus dengan pihak UMBI untuk mendapatkan maklumat, modul latihan serta penjadualan program. Pihak UMBI sentiasa mengalu-alukan kerjasama serta perkongsian ilmu dalam memperkukuh pembangunan Biobank dan penyelidikan bioperubatan di Malaysia.

SDG 4 | SDG17

Keywords: Quality education, Knowledge sharing

Lawatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) Bersama Agensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) ke Biobank UMBI-HCTM

 

18 Februari 2025 |Biobank UMBI-HCTM telah menerima lawatan delegasi dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) bersama Agensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) pada 18 Februari 2025 lalu. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan penerangan, keperluan, dan spesifikasi teknikal bagi penubuhan biobank serta memahami lebih lanjut tentang penyelidikan dan teknologi yang diterapkan di Biobank UMBI. Selain itu, perbincangan ini turut membuka peluang untuk potensi kolaborasi antara institusi-institusi yang terlibat.

Delegasi ini telah diketuai oleh Dr. Mas Ayu Suraya Abd Rahman selaku Ketua Seksyen merangkap Ketua Projek dan dibantu oleh Dr. Ari Hajis Basir selaku Timbalan Ketua Projek. Delegasi turut dibantu oleh JKR yang diketuai oleh Pn. Noor Syahida Mohd Fuat serta ahli pasukan terdiri daripada Cawangan Kerja Bangunan Am, Arkitek Projek, Unit Mekanikal, Unit Elektrik, dan Unit Juruteknik bagi memberi khidmat nasihat dan spesifikasi teknikal serta sebagai agensi pelaksana.

Sebagai sebahagian daripada lawatan ini, delegasi turut berpeluang melawat beberapa makmal di bawah seliaan UMBI termasuklah Makmal Penjujukan Genom, Makmal Genomik, Makmal DNA, dan Makmal RNA. Kunjungan ini memberi peluang kepada para delegasi untuk melihat secara langsung fasiliti serta teknologi moden yang digunakan dalam bidang penyelidikan bioperubatan di UMBI.

Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara UMBI, DVS, dan JKR serta memudahkan perkongsian ilmu dan kepakaran dalam membangunkan biobank yang memenuhi prosedur standard dan keperluan teknikal yang diperlukan ke arah masa depan. Kolaborasi ini juga dijangka dapat menyumbang kepada kemajuan penyelidikan dan pembangunan bioteknologi khususnya di Malaysia.

 

Disediakan oleh: Ahmad Termidzi Mohd Azhar

Perbincangan Pengumpulan Spesimen Penyakit Vaskular Di Biobank UMBI Bersama Pasukan Vaskular HCTM.

 

12 September 2023 – UMBI telah menerima lawatan daripada Pasukan Unit Vaskular Jabatan Surgeri HCTM bagi mesyuarat perbincangan pengumpulan spesimen penyakit vaskular di biobank. Perbincangan ini dihadiri oleh Ketua Unit Vaskular HCTM, Dr. Lenny Suryani binti Safri, Pakar Bedah Vaskular iaitu Dr. Kishen Raj a/l Chandra Sakaran dan Dr. Hisham Arshad bin Dr. Habeebullah Khan serta 5 pegawai perubatan termasuklah Dr. Sayidah Adila, Dr. Shafeez Shah, Dr. Iffah Ismail, Dr. Ali Zadhee dan Dr. Kaillash Kumar serta seorang penolong pegawai perubatan, Pn. Nurul Nazifa.

Mesyuarat dan lawatan ini bertujuan untuk membincangkan pengumpulan sampel penyakit vaskular HCTM dari aspek tujuan pengumpulan, penyelidikan, panduan dan etika pengumpulan serta teknikal dan logistik pengangkutan spesimen disamping dapat menjalin erat hubungan dan kerjasama penyelidikan pada masa akan datang antara Jabatan Surgeri dan UMBI.

Sejurus tamatnya mesyuarat, pelawat kemudiannya dibawa melawat Biobank UMBI sebelum sesi tamat pada jam 1 tengahari.

 

Lawatan ke Biobank UMBI dari International Medical University Malaysia (IMU)

12 Oktober 2022 – Biobank UMBI telah menerima kunjungan daripada Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (IRDI), International Medical University Malaysia (IMU). Delegasi ini telah diketuai oleh Profesor Wong Shew Fung bersama dua pensyarah dan tiga kakitangan IRDI. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dan perbincangan oleh Dr Nor Adzimah Johdi, Felo Penyelidik UMBI merangkap Penyelaras Biobank UMBI, sebelum dibawa melawat ke Biobank UMBI. Sesi lawatan diketuai oleh Pn. Nazihah Abd Jalal, Pegawai Sains UMBI merangkap Pengurus Biobank UMBI. Objektif lawatan ini adalah untuk mempelajari tentang pengurusan Biobank UMBI, etika & biokeselamatan biobank, pemprosesan, penyimpanan sampel dan rekod. Program seumpama ini merupakan inisiatif dan platform Biobank UMBI dalam berkongsi ilmu dan pengalaman dengan warga penyelidik. Diharap lawatan ini dapat menambah ilmu dan berkongsi informasi yang berguna kepada delegasi IRDI, IMU dalam membuat persediaan untuk membangunkan Biobank di masa akan datang.

 

Foto: LAWATAN INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY (IMU) KE BIOBANK UMBI

Artikel berkaitan:

  1. Lawatan ke Biobank UMBI dari Universiti Islam Antarabangsa (IIUM)
  2. Lawatan ‘The Royal College of Surgeons of Edinburgh’ ke Biobank UMBI
  3. Lawatan Standards Malaysia ke Biobank UMBI
  4. Lawatan YB Senator Ras Adiba Radzi ke UMBI

Lawatan Standards Malaysia ke Biobank UMBI

19 Mei 2022. Jabatan Standards Malaysia telah mengadakan lawatan ke Biobank Projek The Malaysian Cohort (TMC), UMBI. Lawatan ini bertujuan bagi persediaan pihak Standards Malaysia ke arah pembangunan pensijilan ISO 20387:2018 Biotechnology – Biobanking yang pertama di Malaysia. Jabatan Standard Malaysia diwakili oleh En. Roslan Alias (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Akreditasi), Pn. Fariza Wan Abdullah (Ketua Penolong Pengarah Kanan -Akreditasi) dan En. Irwan M. Tahir (Penolong Pengarah -Akreditasi).
Manakala Projek TMC, UMBI diwakili oleh Ketua Projek TMC, Profesor Datuk Dr A Rahman A Jamal, yang juga merupakan Felo Utama UMBI bersama pasukan akreditasi MS ISO 15189:2014. Pihak Jabatan Standard Malaysia memaklumkan penerangan serta lawatan ke Biobank TMC UMBI ini amat memberi maklumat yang diperlukan dalam membangunkan skim ISO 20387:2018 Biotechnology — Biobanking. Delegasi Standard Malaysia telah diberi penerangan berkenaan Biobank TMC yang telah mula dibangunkan sejak 2005 dan merupakan Biobank yang terbesar di Malaysia.

 

Photo : https://photos.app.goo.gl/PohGsskaLQc9zLPh9

Lawatan ‘The Royal College of Surgeons of Edinburgh’ ke Biobank UMBI

Satu sesi lawatan oleh the Royal College of Surgeons of Edinburgh ke Biobank UMBI pada 29 April 2022. Lawatan diketuai oleh Professor Michael Griffin, President of the Royal College of Surgeons of Edinburgh bersama para delegasi. Lawatan ini adalah bersempena dengan sesi Program Majlis Penyerahan Plak Akreditasi kepada Advanced Surgical Skills Centre (ASSC) pada hari yang sama.

Lawatan ke Biobank UMBI dari Universiti Islam Antarabangsa (IIUM).

Biobank UMBI telah menerima kunjungan dari Jabatan Patologi dan Makmal Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) pada 17 Februari 2022. Delegasi telah diketuai oleh Prof. Madya Dr Khairunisa Ahmad Affandi, Pakar Patologi, Ketua Unit Biobank, Jabatan Patologi dan Makmal Perubatan Sultan Ahmad Shah Medical Centre @ IIUM, Kuantan, Pahang. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat oleh Prof. Madya Dr Neoh Hui-min sebelum lawatan ke Biobank UMBI yang diketuai oleh Pn. Nazihah Abd Jalal, Pengurus Biobank UMBI. Antara tujuan lawatan adalah untuk mengetahui kaedah mendapatkan persetujuan (consent from) daripada pesakit/waris, jenis simpanan sampel, SOP, kawalan kualiti, infrastruktur dan polisi keselamatan Biobank.
Foto: https://photos.app.goo.gl/zqgZ6wDvgEzaasdd6

The National Biobank Consortium: Relevance, Needs and Strategies

By: Prof. Datuk A Rahman A Jamal
Edited By: Mohd Arman bin Kamaruddin
Published date: 15 March 2021

On 3rd-5th March 2021, the College of Pathologists-Academy of Medicine of Malaysia (CPathAMM) has organized its 18th Annual Scientific Meeting and the International Congress of Pathology and Laboratory Medicine (ICPaLM 2021). The theme for ICPaLM 2021 was “Exploring the Advances and Potential of Disruptive Technologies in Pathology and Laboratory Medicine”.

This video is the partial record of Symposium 5A (Anatomic Pathology & Cytopathology: Current Issues in Pathology), chaired by Prof. Dr. Tan Geok Chin (PPUKM) and Dr. Salmi Abdullah (Hospital Selayang). In this video, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal shares his thoughts on the national biobank consortium, which highlights the relevance, needs, and strategies for biobanking. Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal is the project leader of The Malaysian Cohort (TMC) project. TMC project is a population-based cohort study that investigates the disease interactions between genes and environments.

Translate »