FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية

Struktur Pengajian


Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian adalah tidak kurang daripada lima (5) semester dan tidak melebihi sepuluh (10) semester.

Komponen Sesi 2014/2015

Bagi memperolehi Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian, pelajar yang mendaftar mulai sesi 2008/2009 perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 120 unit.

Keperluan Kursus Kemahiran Bahasa Inggeris

MUET (Band 1 & 2)

  1. ZZZE1002 Foundation English
  2. ZZZE1012 Academic Communication I
  3. ZZZE3012 Workplace Communication I

MUET (Band 3 & 4)

  1. ZZZE1012 Academic Communication I
  2. ZZZE3012 Workplace Communication I
  3. ZZZE3022 Workplace Communication II

MUET (Band 5 & 6)

  1. ZZZE1022 Academic Communication II
  2. ZZZE3022 Workplace Communication II

Penentuan Jabatan/Pengkhususan/Modul/Minor

  1. Pelajar yang berjaya memasuki Fakulti Pengajian Islam akan disalurkan ke lima buah Jabatan berdasarkan pilihan program pengajian yang dibuat oleh mereka semasa membuat permohonan.
  2. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, penentuan Jabatan atau pengkhususan akan dibuat oleh Fakulti dengan mengambil kira pertimbangan-pertimbangan tertentu. Penentuan yang telah diputuskan adalah muktamad.
  3. Pelajar yang terpilih ke Jabatan tertentu dikehendaki mengikuti program pengajian yang ditawarkan di Jabatan berkenaan. Bagi pelajar-pelajar yang mendaftar mulai sesi 2000/2001, mereka akan disalurkan kepada beberapa modul pengajian atau minor berdasarkan kepada permohonan dan pertimbangan kelayakan oleh jabatan masing-masing

Pendaftaran Kursus

Pelajar-pelajar dikehendaki mendaftar sejumlah kursus PPPY (Teras Fakulti) bagi setiap semester sebagaimana yang ditentukan. Bagi kursus-kursus lain, mereka dikehendaki memberi perhatian kepada komponen dan unit yang diperlukan dan mendaftar kursus-kursus yang ditetapkan atau dipilih berdasarkan panduan yang disediakan oleh Jabatan, Fakulti atau Pusat yang menawarkan kursus berkenaan. Pelajar-pelajar perlu mendaftar berdasar pakej kursus pilihan modul/minor yang ditentukan. Pendaftaran unit maksimum kursus setiap semester bergantung kepada unit maksimum yang ditetapkan berdasarkan pencapaian PNGS semester sebelumnya seperti yang ditetapkan dalam peraturan.