Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Soalan Lazim

Mengapakah?

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry’s standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book

Apakah sejarah penubuhan UKM?

Cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang Melayu berlaku dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903. Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917. Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi dalam negara bermula pada 1923 apabila Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme. Walau bagaimanapun, idea, pemikiran, semangat dan tekad terus hidup di kalangan intelektual Melayu dan perjuangan penubuhan sebuah universiti kebangsaan memuncak apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Klik di sini untuk maklumat lanjut kronologi penubuhan UKM.

Bilakah UKM ditubuhkan?

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ditubuhkan pada 18 Mei 1970 adalah satu-satunya universiti nasional di Malaysia, yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dengan persekitaran akademik yang unggul, prasarana kampus yang moden dan konsep kampus dalam taman, UKM sememangnya antara universiti yang tersohor di Malaysia dan rantau ini.

Di manakah lokasi UKM?

Kampus Induk Bangi terletak dalam lingkungan Multimedia Super Corridor (MSC), berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya yang menjadi pemangkin UKM ke arah pembangunan teknologi maklumat.Kemudahan Lebuhraya Utara-Selatan, perkhidmatan komuter dan bas memudahkan perjalanan ke kampus UKM bagi para pelajar dan mereka yang ingin mengunjungi Universiti. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pula mendekatkan lagi Universiti ini dengan dunia antarabangsa.

Apakah kemudahan asas yang disediakan oleh UKM?

Di dalam memastikan persekitaran kampus yang kondusif dan harmoni, pelbagai kemudahan telah disediakan untuk warga kampus. Pelbagai aktiviti turut diadakan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar cemerlang dari aspek fizikal dan mental. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti perpustakaan, internet dan teknologi maklumat, kolej kediaman, keselamatan, sukan dan rekreasi, khidmat kaunseling, persatuan pelajar, kemudahan perbankan, pejabat pos dan kafetaria. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Apakah kursus-kursus yang ditawarkan oleh UKM?

UKM kini menawarkan kursus-kursus di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. Maklumat mengenai program ada disenaraikan di menu bakal pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut senarai penuh program yang ditawarkan.

Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya saya ingin berurusan dengan pihak UKM?

Pengarah
Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 8921 5085 / 3370 / 5333 Faks: 8921 4097
Laman Web : http://www.ukm.my/pkk
E-mel : pghpkk@ukm.my