Institut Sel Fuel

 Masa Depan Tenaga

UTUSAN MALAYSIA 27 OKTOBER 2014: TENAGA MESRA ALAM

image

Sekali pandang, kenderaan yang dipandu oleh wanita comel ini, biasa kelihatan di kelab golf yang dikenali sebagai buggy. Kenderaan tersebut pada asasnya digerakkan oleh kuasa bateri dan boleh bergerak perlahan di sekitar kawasan permainan golf.

Bagaimanapun usaha oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Sel Fuel, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mentransformasikan penggunaan bahan bakar mesra alam berjaya menggantikan bateri tersebut dengan sel fuel (fuel cell).

Penyelidikan sejak dua tahun lepas itu membuktikan kumpulan penyelidik berkenaan membuktikan, pakar tempatan telah bersedia melakukan transformasi penggunaan tenaga pada kenderaan menggantikan bahan api fosil kepada yang lebih mesra alam dan boleh dijana semula termasuk sel fuel.

Apakah yang dimaksudkan dengan sel fuel atau sel bahan api kerana teknolgi tersebut masih agak asing dalam kalangan kita.

Sel fuel adalah peranti elektrokimia yang mengubah secara langsung tenaga daripada tindak balas kimia gas hidrogen dan oksigen kepada tenaga elektrik dengan hasil sampingan haba dan air melalui tindak balas berikut:

2H2 + O2 2H2O + haba

Tenaga elektrik sel fuel dihasilkan daripada tindak balas gas oksigen dan gas hidrogen pada ketulenan tinggi.

Gas hidrogen adalah sumber tenaga sekunder yang boleh dihasilkan daripada bahan bakar yang lain.

Gas hidrogen boleh dihasilkan daripada pelbagai sumber tenaga seperti bahan bakar fosil atau hasil sampingan tindak balas kimia dalam industri kimia tenaga nuklear dan RE atau tenaga keterbaharuan.

Antara RE lain termasuklah melalui tenaga hidro, solar, biomas, angin dan ombak.

Menyedari pentingnya teknologi sel fuel khususnya untuk kenderaan, UKM telah menubuhkan institut khusus untuk menjalankan penyelidikan berkaitan sebagai bukti kesungguhan universiti terbabit untuk mempromosi dan memperkenalkan teknologi tersebut pada masa akan datang.

Institut berkenaan ditubuhkan pada 2007 selepas diluluskan oleh Kementerian Pendidikan pada Julai 2006 dengan nama asalnya Institut Teknologi Bahan Api.

Penubuhan institut penting bagi menggerakkan dan memantapkan penyelidikan mengenai sel fuel dan tenaga hidrogen selain RE di negara ini.

Pada awal penubuhannya itu, kumpulan penyelidik tenaga hidrogen dan sel fuel UKM dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menerima geran penyelidikan IRPA (Tumpuan Penyelidikan Dalam Bidang Keutamaan) sebanyak RM30 juta dari Kementerian Sains, Teknologi dan Alam sekitar (MOSTE) serta beberapa dana yang seterusnya selepas bagi pelbagai penyelidikan yang berkaitan dengan perkembangan sel fuel.

Ketika itu, penyelidikan tenaga boleh dianggap baharu di negara ini, sedangkan di luar negara, banyak penyelidikan mengenainya telah dilaksanakan.

Menurut Dr. Abu Bakar, berdasarkan sejarah, penyelidikan mengenai sel fuel itu telah pun bermula pada awal 1800 apabila seorang saintis Barat, Humphry Davy menunjukkan prinsip asas mengenai teknologi tersebut.

Beberapa saintis berikutnya seperti William Groove membangunkan teknologi bateri gas atau dikenali sebagai fuel cell yang pertama pada 1839 manakala Charles Langer Ludwig Mond pada 1889 telah berjaya membangunkan reka cipta Groove terbabit dan menamakannya sebagai fuel sel sebelum disusuli oleh Francis Bacon yang membangunkan sel fuel alkali berkuasa lima kilowatt pada 1959.

Pada tahun 1950 General Motor membangunkan membran penukaran proton sel fuel.

Agensi Pentadbiran dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat mula mengguna sel fuel yang pertama untuk misinya pada 1960 manakala tentera laut Amerika menggunakannya sebagai tenaga pada kapal selam pada 1980-an.

Pada 1990 sebuah stesen sel bahan api telah dibangunkan di kawasan industri dan komersial manakala pada 2007 ia mula dikomersialkan dan dijual sebagai APU untuk sumber tenaga sokongan.

Bagaimanapun, penyelidikan sel fuel pada kenderaan hanya mula diperkenalkkan pada 1990 yang melibatkan syarikat besar khususnya di Amerika dan beberapa negara Barat lain.

Menurut Abu Bakar, ketika ini syarikat pengeluar kereta sedang berlumba-lumba untuk mengeluarkan kenderaan seumpama itu. Dilaporkan bahawa pada tahun hadapan sebagai kemuncak kepada usaha syarkat terbabit memperkenalkan kereta yang digerakkan dengan kuasa sel fuel atau gabungan (hibrid) dengan sumber kuasa lain seperti bateri atau elektrik.

Gambar JEFFRI IRAN
Rekabentuk NORASHIKIN ABU BAKAR

Paparan lengkap di http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/tenaga-mesra-alam-1.17254#sthash.qrONZnPo.dpuf