APEL UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

TATACARA PERMOHONAN DAN PENILAIAN APEL.A

  1. Membuat permohonan di portal MQA https://www2.mqa.gov.my/apel_a/
  2. Mendaftar di Sistem Pengurusan APEL UKM https://apel.ukm.my/
  3. Menghantar dokumen seperti salinan kad pengenalan/sijil diploma/transkrip yang telah disahkan kepada Pusat Penilaian APEL UKM menerusi emel apela@ukm.edu.my
  4. Log masuk di Portal Penilaian APEL UKM https://apel.ukm.my/lms/ setelah menerima emel pemakluman keputusan saringan kelayakan calon oleh PPA UKM.
  5. Calon menjalani ujian aptitud mengikut tarikh yang dijadualkan.
  6. Calon menyediakan dokumen portfolio mengikut format yang ditetapkan.
  7. Calon memuat naik dokumen portfolio ke dalam Portal Penilaian APEL UKM setelah lulus ujian aptitud.
  8. PPA UKM memaklumkan tarikh temuduga kepada calon (calon APEL T-7 sahaja).
  9. Calon menyemak keputusan keseluruhan dalam Sistem Pengurusan APEL UKM.
  10. PPA UKM mengemukakan senarai calon yang lulus penilaian kepada MQA.
  11. MQA menghantar emel pemakluman lulus penilaian kepada calon.
  12. MQA mengeluarkan sijil APEL.A kepada calon.