Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) merupakan satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.
Calon layak mendapat penganugerahan kelayakan akademik berdasarkan kaedah penilaian ilmu yang diperoleh daripada pendidikan formal, pengalaman kerja, pengalaman hidup atau/dan himpunan kursus pendek.
UNTUK SIAPA?
Individu (warganegara & bukan warganeraga) yang memenuhi tempoh minimum pengalaman kerja yang relevan (>20 tahun bagi program peringkat sarjana)
PROGRAM DITAWARKAN DI UKM
UKM menawarkan 3 jenis program iaitu:
Sarjana Pengurusan Keselamatan Industri (MQA/SWA0713) - Fakulti Sains & Teknologi
Sarjana Keselamatan Siber (MQA/SWA12938) - Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
Doktor Pendidikan Tinggi (MQA/SWA12933) - Fakulti Pendidikan
Nantikan kemunculan program baru kami !!!
Doktor Pendidikan Tinggi, FPEND
Doktor Pentadbiran Perniagaaan, UKMGSB
Doktor Falsafah (Ekonomi), FEP
Sarjana Sains Politik, FSSK
Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab Dan Tamadun Islam), FPI
Sarjana Teknologi Maklumat, FTSM
Sarjana Sains (Geologi Kejuruteraan), FST
Sarjana Muda Sains Citra, Pusat CITRA
Garis Panduan Penganugerahan Kelayakan Akademik APEL.Q Muat Turun