#FEPterkedepan

 #FEPterkedepan

Yuran

  • Apakah jenis-jenis yuran yang perlu saya jelaskan? Berapakah jumlahnya?

    Yuran Kemasukan dikenakan sekali sahaja kepada pelajar baru sepanjang pengajian di universiti dan hendaklah dibayar sebelum mendaftar sebagai pelajar baru. Maklumat terperinci yuran kemasukan adalah seperti berikut:-

    jenis yuran

    Yuran Pengajian dikenakan kepada pelajar pada tiap semester, bayaran hendaklah dibuat sebulan selepas pelajar mendaftar;

    yuran fakulti

    Yuran Berulang Setiap Semester Yuran ini dikenakan pada setiap semester kepada semua pelajar UKM. Pecahan jenis seperti berikut;

    yuran berulang

    Yuran Kolej Penginapan Yuran kolej penginapan akan dikenakan kepada setiap pelajar apabila pelajar mendaftar di kolej. Kadar yuran kolej penginapan adalah berbeza mengikut jenis bilik dan kolej.

  • Apakah cara-cara untuk saya membayar yuran?
    1. Bayaran di Kaunter Bank Islam (Bill Presentment)
      • Bayaran boleh di buat dimana-mana kaunter cawangan BIMB
      • Isi ‘Slip Pembayaran Bil’
      • Bayaran kepada UKM
      • Nyatakan No. Matrik
      • Masukkan amaun bayaran
      • Serah slip dan bayaran di kaunter Bank
      • Simpan slip bayaran
    2. Mesin ‘Auto-Teller’ (ATM) (Pelajar perlu mempunyai akaun dengan BIMB dan warganegara sahaja)
      • Masukkan kad ATM
      • Pilih Ada akaun BIMB
      • Masukkan kad ATM
      • Pilih Menu ‘Lain-lain’
      • Pilih ‘Pembayaran Bil IPT’
      • Pilih no. akaun Bank yang akan ditolak
      • Masukkan no. kad pengenalan
      • Pilih No. Matrik pelajar UKM
      • Masukkan amaun bayaran
      • Pastikan transaksi Berjaya
      • Simpan slip bayaran
    3. Cash Deposit Machine (CDM) Mesin ATM BIMB- pelajar tidak perlu ada akaun BIMB (untuk warganegara sahaja )
      • Pilih lain-lain
      • Pilih ‘Pembayaran Bil IPT’
      • Masukkan no. kad pengenalan
      • Pilih No. Matrik pelajar
      • Masukkan duit dalam mesin
      • Sahkan bayaran
      • Pastikan transaksi Berjaya
      • Simpan slip bayaran

    *Bayaran akan dikemaskini dalam tempoh 2-3 hari bekerja.