#FEPterkedepan

 #FEPterkedepan

Pelaksanaan Aktiviti Pusat Perniagaan Sosial Yunus @ UKM

Keterlibatan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Lawatan ke Cure & Care Vocational Centre (CCVC) Sepang telah diadakan pada 22 September 2015 bertujuan untuk melonjakkan aktiviti YCSB@UKM disamping membantu AADK dalam mencapai objektifnya. Ia juga akan memberi inspirasi dan memupuk minat kepada pelajar terhadap bidang keusahawanan dan menjadikan pelajar bersikap lebih inovatif, kreatif dan berdaya saing.

Hasil daripada program ini adalah:

  1. Menimbulkan minat kepada pelajar terhadap idea perniagaan sosial ini dan ingin membuka minda pelajar kepentingan ilmu keusahwanan.
  2. Melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
  3. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah bakat keusahawanan dalam diri dan berkongsi idea keuahawanan masing-masing.

Keterlibatan bersama JCorp

Cadangan keterlibatan bersama JCorp

  1. Siswa Bestari Program (melibatkan pelajar UKM)
  2. Waqaf dan Niaga Program (kerjasama bersama JCorp dan AADK)
  3. YCSB Tuition 4U Project (melibatkan pelajar sekolah dan pelajar UKM)

Menyertai Pangkor International Development Dialogue (PIDD)

Laureate in Residence, Prof. Dr. Muhammad Yunus menjadi salah seorang speaker di PIDD. PIDD adalah suatu acara bertaraf antarabagsa yang diadakan di Malaysia, yang bertujuan untuk menggalakkan pertukaran idea dan pengetahuan dalam bidang global, serantau, dan nasional. Bertujuan untuk merapatkan jurang pengetahuan antara negara terlibat.

Permohonan dana daripada pihak berkepentingan.

YCSB@UKM telah mendapat kelulusan daripada pihak Khazanah Nasional untuk membentangkan kertas projek kepada CEO, Tan Sri Dato’Azman Mokhtar. 

ms_MYBahasa Melayu